Tuesday, April 26, 2011

Diam Itu Lebih Baik


Sesetengah situasi memerlukan kita petah berkata-kata sama ada di khalayak ramai ataupun di kalangan mereka yang kita kenal.Tapi,ada sesetengah situasi memerlukan kita untuk berdiam diri."Diam itu lebih baik".Apabila lidah berbicara,mungkin akan ada tutur kata yang akan mengguris hati & perasaan seseorang/sesetengah pihak tanpa disengajakan.Jadi,sebelum memulakan bicara,fikirlah & susun dahulu ayat-ayat yang bakal dibicarakan.Jangan sesekali menyentuh isu-isu yang sensitif kerana manusia ni mudah terasa.

Manusia yang banyak berdiam diri ni sangat bahaya.Kenapa?Kerana orang yang pendiam boleh menjadi seorang pendendam.Dia banyak memendam perasaan marah yang tidak pernah terluah.Oleh kerana hati disakiti banyak kali tanpa perasaan belas kasihan,dia menjadi seorang pemberontak,pendendam.Mungkin orang luar melihat dia sebagai seorang yang pendiam,maka dia boleh disakiti sesuka hati.Dia juga ada hati & perasaan.Jagalah hati setiap orang yang kita kenal sebaik mungkin.Kalau dia disakiti,mungkin kita juga akan disakiti juga sama ada oleh orang yang kita telah sakiti ataupun orang lain.Ingatlah,setiap perbuatan yang kita lakukan pasti akan dibalas.Terpulanglah sama ada ianya kebaikan atau keburukan.Kita semakin meningkat dewasa.Sudah boleh berfikir yang mana baik,yang mana buruk.Kita sudah akil baligh.Sudah boleh berfikir yang mana halal,yang mana haram.Tepuk dada tanya selera.

Wallahualam~

-->Diam itu lebih baik.Kadang-kadang diam itu boleh menjadi senjata yang paling merbahaya.(GaDiS KaCa MaTa - April 26,2011)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...