Wednesday, July 27, 2011

This Journey Never Ends


This journey never ends.When we die,the other journey will appear and bring us to the other place.We never walk alone because Allah always with us.Although we feel lonely,He always besides us.We will forget Allah but Allah never forget us.

-->We always cry for a person who dumped us.But we never cry because of our sins towards Allah.We are so cruel but still Allah treat us well in this world.So,be grateful and always be thankful to Allah for what He gave us for all this time.(GaDiS KaCa MaTa - July 27,2011)

Tuesday, July 19, 2011

Malam Itu Aku Terharu

Bosan.Keluar lepak dengan Yus.Rindu pula dekat Najjah Farahim a.k.a Fara.So,kami lepak dekat dataran bersama dengan abang angkat Fara.Lama tak lepak macam tu.Adik tak ikut.Maybe dia penat and need some rest.Kesian pula tengok dia kerja 6 hari seminggu.Sabarlah adik.Pengalaman tu lagi penting dan segala penat lelah kita takkan sia-sia.Adik akak kan kuat.

Fara,I feel what you feel and I know that feeling.We are in the same situation.I can see in your eyes.It's hurt when we love a person that not belongs to us.Umpama mengemis kasih orang yang tak sudi.Lagi lama dipendam lagi sakit kita rasa.Tapi kalau luah takut semuanya akan berubah.Silap-silap kita hilang orang tu buat selamanya.

"Aku hanya mampu simpan perasaan sayang itu.Hanya Allah yang tahu segala-galanya."

Waktu nak balik,Fara salam dan cium tangan aku.Terasa rindu pula dekat adik.Dulu setiap kali aku nak balik dia akan salam dan cium tangan aku.Aku rasa terharu.Bila mereka buat macam tu,aku bertambah sayang dengan mereka.Hanya Allah yang tahu akan perasaan aku ketika itu.Dan paling mengejutkan,Fara cium pipi aku dan Yus.Aku sebak dan hampir menitis air mata aku.Namun,aku cuba tahan.

"Walaupun jarang jumpa,tindakan itu buat aku rasa disayangi.Aku terharu dan lidah kelu untuk berkata-kata.Hati-hati,itu saja ungkapan yang mampu aku ucapkan."

Najjah Farahim

Puteri Noraini

Nurul Jannah

Norazamah

Yuszira

"Kak Yus dan akak dah anggap Fara,Putri,Nurul dan Aza macam adik-adik kami sendiri.Kami sayang korang dan takkan ada yang mampu mengubah sayang kami terhadap korang."

-->Walaupun sekejap namun kesannya sangat mendalam dan begitu bermakna.(GaDiS KaCa MaTa - Julai 19,2011)

Friday, July 15, 2011

The Beginning

This is just the beginning.After this,a lot of tears,pressure,brain storming,assignments,projects and etc will appear in front of me.lol.I have to get ready for this.I hope everything will go smoothly.InsyaAllah.To BSc (HONS) in Multimedia Computing students,work hard and wish you all best of luck.

Tahun ke-2 aku lalui dengan penuh tekanan,kesedihan dan keletihan.Bila kenang balik,rasa menyesal.So,belajar dari pengalaman lalu.Aku akan belajar betul-betul.Takkan bazir masa lagi.Harap tahun ke-3 ni aku akan tempuhi dengan penuh kesabaran.Tahun ke-2 banyak membuat aku mengalirkan air mata.Tahun ke-3 ni lagi banyaklah air mata akan mengalir.Kena struggle habis-habisan.Biar dapat result nanti aku akan menangis kegembiraan.

"Aku akan membawa pulang segulung ijazah beserta senyuman kepada ahli keluargaku nanti.InsyaAllah."

"Teringat pula keseronokan sewaktu konvo diploma dulu.Bukan seronok apa.Seronok dapat pakai jubah,pegang scroll dan tangkap gambar kenangan bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain."

Ini baru permulaan.Masih banyak lagi cabaran dan dugaan yang akan datang.Bersiap sedialah dari sekarang.Usaha tangga kejayaan.Chaiyok Baby!!

"Adik selalu beri semangat kepadaku masa exam lepas.AJA AJA FIGHTING!! Rindu budak kecik sorang ni.Thanks sebab selalu beri sokongan dan naikkan semangat akak.Sayang adik."

-->Tiada yang lebih bermakna selain dari ucapan semangat dari orang-orang yang kita sayang.(GaDiS KaCa MaTa - Julai 15,2011)

Thursday, July 14, 2011

Luah atau Pendam?

"Kalau diluah takut aku akan kehilangan dia buat selamanya.Kalau dipendam aku akan sakit sendiri.Tapi aku rela sakit memendam perasaan dari kehilangan dia untuk selamanya."

Kadang-kadang tak semua keputusan akan memuaskan hati kita.Bila datang soal hati dan perasaan aku jadi gelabah.Sudah setengah tahun aku hidup hanya ditemani keluarga,adik dan para sahabat.Tiada lagi ucapan ILY,IMY dari seorang lelaki yang amat aku sayangi.Dia pergi begitu saja dan terus menghilang tanpa khabar berita.Kehadiran adik membuat aku terlupa akan si dia kerana aku bahagia dengan kehadiran adik dalam hidupku.Adiklah yang banyak menceriakan aku.Tak lupa juga Yus,Zue,Nurul,Imah dan Fara.Merekalah semangat aku.Tanpa mereka aku tak mungkin dapat berdiri tegak seperti sekarang.Tanpa mereka juga aku tak mampu untuk tersenyum seperti sekarang.Terima kasih banyak-banyak.Sayang korang sangat-sangat.

Bila aku sedang mencuba untuk menyemai perasaan kasih dan sayang kepadanya,dia hilang secara tiba-tiba.Entah di mana silapku,aku pun tak tahu.Bila ditanya,dia diam seribu bahasa.Tiada jawapan untuk segala persoalanku.Diamnya telah membunuh perasaanku sendiri.Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya apakah salahku.Aku hanya mampu berdiam diri.Membiarkan dia dengan kehidupannya dan berdoa agar dia berbahagia selalu.Aku di sini setia menanti mereka yang aku sayangi,tapi adakah mereka pernah berfikir tentang diriku??

Di saat aku ingin menutup pintu hatiku,muncul dia.Kehadirannya sangat bermakna.Setiap kali nak tidur dan bangun tidur,aku pasti akan tersenyum membaca mesejnya.Aku tak pernah jemu melayan kerenahnya.Aku seorang gadis yang sukar untuk jatuh cinta.Apatah lagi menyayangi seorang lelaki sepertinya dalam masa yang singkat.Tetapi dia sangat istimewa.Kalau dulu lelaki mesej aku,jangan harap aku nak layan.Tapi dia...ah,susah nak bayangkan perasaanku dengan kata-kata.Aku sudah mula menyayangi dirinya.Namun tak mungkin aku akan meluahkan perasaanku kepadanya.Aku tak mahu bila aku luahkan,aku akan kehilangannya untuk selamanya.Dia bukan untukku.Aku tahu dia bahagia dan aku turut bahagia untuk dirinya.

"Ingin aku pergi jauh dari hidupnya.Tapi aku tak berdaya.Kerana aku sudah mula menyayangi dirinya.Kenapa aku tak pergi sebelum munculnya perasaan ini?"

Semenjak dua menjak ni aku kerap sangat gelak.Bila tiba saat tu,aku mula menangis.Dan kadang-kadang aku menangis tanpa sebab.Aku sunyi.Aku tak pernah sesunyi begini.Aku tak suka situasi begini di mana aku menyayangi insan yang bukan milikku.

"Semakin aku ingin lari jauh,semakin dekat dia dengan diriku.Semakin aku cuba untuk melupakan dirinya,semakin kuat rinduku kepadanya."

Sakit sebenarnya memendam perasaan.Dan sakit bila kita menyayangi seseorang dalam diam tanpa pengetahuan si dia.Lagi sakit bila dia menyayangi orang lain.Kepada siapa aku nak luahkan?Kepada siapa aku nak mengadu?Dan kepada siapa aku ingin tumpang bahu untuk menangis?Adik,akak sedih sangat.Tak ada siapa yang tahu apa yang sedang akak lalui saat ini.Kalaulah akak tak pernah kenal mereka ni,mungkin akak takkan jadi begini kan.

Dan seterusnya rasa ini selalu terjadi
Dan tak pernah berkurang
Hatiku hanya untuk dirimu
Aku bahagia hanya bila kamu bahagia
(Nirina Zubir - Hari Ini,Esok dan Seterusnya)

"Ya Allah,andai dia jodohku,berikanlah petunjukMu.Andai dia bukan jodohku,jauhkanlah dia dari diriku.Sesungguhnya Allah sudah sediakan yang terbaik untuk hamba-hambaNya."

-->Biarlah orang melihat kita sebagai seorang yang kuat dan tabah.Soal hati hanya Allah yang tahu betapa perit dan sakitnya memendam perasaan seorang diri.Aku sudah biasa begini.(GaDiS KaCa MaTa - Julai 14,2011)

Tuesday, July 12, 2011

Aiqa - Seperti Semalam


Seperti semalam kita bersua
Lima tahun berlalu sudah
Suka duka hadapi bersama
Susah mu susah ku jua
Tiada rahsia antara kita...

Namun perjalanan masih panjang
Ranjau anak duri menanti
Kita hanyut dek ombak masa
Kita punya haluan sendiri

Segala kenangan kita tersemat indah di minda
Kan ku jadi kan azimat berharga
Buat ku hadapi hidup ini

Semoga persahabatan tetap utuh
Kukuh tiada tergugat
Biar apa halangan mendatang
Kita tetap teguh bersama

Segala kenangan kita tersemat indah di minda
Kan ku jadi kan azimat berharga
Buat ku hadapi hidup ini

Ku tetap di sini
Ku akan terus menanti
Kita kan bersua lagi
Biar waktu itu
Kita kan seperti dulu
Gelak dan tawa selalu

"Lagu ni betul-betul buat aku rindu orang-orang kesayanganku yang selama ini banyak memberi aku semangat,sokongan dan setia di sisi aku waktu aku senang mahupun susah.Aku sangat-sangat rindukan Putri,Yus,Imah,Nurul dan Fara.Merekalah buah hati pengarang jantungku.Thanks for everything."

"Zurainee Mohd Tahir.Sahabat yang memahami apa yang aku pendam dalam hati.Dialah yang memahami kesengsaraan aku,kekecewaan aku di saat aku ditinggalkan kekasih hati.Dia sentiasa ada di waktu aku susah dan senang.Thanks for everything Zue."

-->Berbaloi jika menangis kerana mempunyai sahabat baik yang memahami diri kita.Tetapi tak berbaloi jika menangis kerana memikirkan orang yang telah menghancurkan hati kita.Namun,aku tetap menangis kerana dia.Bodohkah aku?(GaDiS KaCa MaTa - Julai 12,2011)

Saturday, July 9, 2011

Happy Birthday Budak Kecik

Agak lambat aku update blog sebab bagi adik pinjam broadband.Memandangkan aku dekat kampung,bolehlah update blog.7 Julai 2011 birthday adik.Aku rancang dengan Yus buat surprise untuk adik hari Khamis malam.Memang semua kena tepung.haha.Thanks to Pak Cik sebab pinjamkan lighter kamo.hehe.Love to see your smile adik.Keep that smile.If you smile,I smile too.Saya sayang kamo Budak Kecik.Happy Birthday once again.Semoga apa yang diimpikan akan tercapai.Akak sentiasa sokong adik.No more sedih-sedih okie.Senyum itu pengubat segala duka.So,keep smiling.ILYSM Budak Kecik.




Gambar dari kamera Yus.Malas nak edit.hehe.Tak banyak pun snap gambar.Semua sibuk kena tepung termasuklah aku.Sampai luar rumah adik kejar.haha.Paling lawak adik nyorok belakang aku takut kena tepung.Fara je tak kena tepung.Nanti dia mesti kena juga.Tunggu.haha.

"Hati aku tenang sangat malam tu.Aku dapat lihat semua orang happy termasuklah adik.Thanks to all yang involved.Sayang korang semua.♥♥♥"

Seharian...

8 Julai 2011
Pagi-pagi dah bangun sebab ada seminar di KPTM KL.Pukul 6 pagi dah sampai dekat kolej.Tak ramai yang pergi.Budak-budak kelas aku saja.Memang semua duduk tepi tingkap.Dalam bas sejuk sangat.Hidung pun sejuk macam hidung kucing.heh.Tak tidur lena sepanjang perjalanan ke sana.Tapi cuci mata jugalah nampak binatang kiut dalam lori a.k.a ba alif ba ya.haha.Perjalanan selama hampir 3 jam tu tak membosankan aku langsung.Sebab PCK a.k.a Pak Cik Kacak teman aku mesej.hehe.Penat memang penat.Seharian dalam bas saja.Sakit pinggang sampai tak boleh nak tidur lena.Lapar tak terasa sebab penat dah menguasai badan.Overall,trip ke KPTM KL sangat seronok.

Sedap mereka tidur kecuali Toge.haha.


Malam lepas makan lepak dekat Padang Polo.Saja shooting dengan Zue dan Kak Ain.Agak lama tak lepak macam tu dengan kawan-kawan.Sembang-sembang perkara lucu,gelak-gelak,luah perasaan.Tapi lepas ni susahlah nak lepak macam tu lagi.Next week dah mula class.So,need to focus on my study.Chaiyok Baby!!

Kak Ain dan Zue.



Jam saya ada lampu.haha.

"Petang tu syahdu sangat.Air mata ini gugur tiba-tiba bila aku tengok gambar-gambar kenangan kami dulu.Apa khabar dia sekarang?"

-->Nak diluahkan takut akan keputusan yang mengecewakan.Nak disimpan takut memakan diri sendiri.(GaDiS KaCa MaTa - Julai 9,2011)

Tuesday, July 5, 2011

D.A.N.G.D.U.T

First day balik Ipoh,malam tu aku,Zue dan Ct pergi karaoke.Lama tak karaoke dengan mereka.Seorang wajib nyanyi 5 lagu pula tu.adeh.Jenuh aku pilih lagu.Lagu last aku nyanyi lagu dangdut.Elok aku nyanyi ada pula mamat-mamat ni pandang bilik kami.Ct dengan Zue tengah syok layan sambil joget-joget terus keras,senyap.Aku yang nyanyi terus jatuh mic,senyap.Bengong!! haha.Potong stim betul mamat-mamat ni.Mengganggu konsentrasi.heh.Tapi memang seronok.Lama tak lepak dengan mereka berdua.hehe.

"Thanks Zue dan Ct.Dah lama tak seronok macam tu.Sayang korang."

List lagu-lagu kami bertiga

-->Tiada yang menggembirakan selain keluar berseronok dengan sahabat.Sahabatlah pengubat segala duka lara kita walaupun mereka tidak tahu bahawa kita sedang bersedih.(GaDiS KaCa MaTa - Julai 5,2011)

Sunday, July 3, 2011

S.U.K.A.R


Sukar untuk jatuh cinta lagi.Sukar untuk menyayangi orang yang baru kita kenal.Sukar untuk melupakan orang yang pernah menjadi sebahagian dari hidup kita.Mudah untuk kita mencari mereka yang sudi bersahabat dengan kita.Kongsi segala masalah,suka duka,tangis tawa,pahit manis dengan kita.Susah senang kita dengan sahabat.Tetapi ada tak mereka yang sanggup menumpangkan bahu untuk kita menangis?

"Sepanjang waktu remaja aku tak pernah menangis di bahu siapa-siapa.Aku menangis seorang diri.Tiada siapa yang tahu,tiada siapa yang datang menemani,tiada siapa yang peduli.Aku hanya sendiri menanggung derita ini."

"Selepas apa yang aku lalui,aku masih sunyi.Walaupun aku ada adik,kawan-kawan,family,aku tetap terasa sunyi.Aku ingin menangis di bahu adik,kawan-kawan,family.Tetapi aku tak mampu.Kerana aku tak mahu mereka semua tahu derita yang aku tanggung selama ini."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...