Tuesday, July 12, 2011

Aiqa - Seperti Semalam


Seperti semalam kita bersua
Lima tahun berlalu sudah
Suka duka hadapi bersama
Susah mu susah ku jua
Tiada rahsia antara kita...

Namun perjalanan masih panjang
Ranjau anak duri menanti
Kita hanyut dek ombak masa
Kita punya haluan sendiri

Segala kenangan kita tersemat indah di minda
Kan ku jadi kan azimat berharga
Buat ku hadapi hidup ini

Semoga persahabatan tetap utuh
Kukuh tiada tergugat
Biar apa halangan mendatang
Kita tetap teguh bersama

Segala kenangan kita tersemat indah di minda
Kan ku jadi kan azimat berharga
Buat ku hadapi hidup ini

Ku tetap di sini
Ku akan terus menanti
Kita kan bersua lagi
Biar waktu itu
Kita kan seperti dulu
Gelak dan tawa selalu

"Lagu ni betul-betul buat aku rindu orang-orang kesayanganku yang selama ini banyak memberi aku semangat,sokongan dan setia di sisi aku waktu aku senang mahupun susah.Aku sangat-sangat rindukan Putri,Yus,Imah,Nurul dan Fara.Merekalah buah hati pengarang jantungku.Thanks for everything."

"Zurainee Mohd Tahir.Sahabat yang memahami apa yang aku pendam dalam hati.Dialah yang memahami kesengsaraan aku,kekecewaan aku di saat aku ditinggalkan kekasih hati.Dia sentiasa ada di waktu aku susah dan senang.Thanks for everything Zue."

-->Berbaloi jika menangis kerana mempunyai sahabat baik yang memahami diri kita.Tetapi tak berbaloi jika menangis kerana memikirkan orang yang telah menghancurkan hati kita.Namun,aku tetap menangis kerana dia.Bodohkah aku?(GaDiS KaCa MaTa - Julai 12,2011)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...