Sukar untuk jatuh cinta lagi.Sukar untuk menyayangi orang yang baru kita kenal.Sukar untuk melupakan orang yang pernah menjadi sebahagian dari hidup kita.Mudah untuk kita mencari mereka yang sudi bersahabat dengan kita.Kongsi segala masalah,suka duka,tangis tawa,pahit manis dengan kita.Susah senang kita dengan sahabat.Tetapi ada tak mereka yang sanggup menumpangkan bahu untuk kita menangis?
"Sepanjang waktu remaja aku tak pernah menangis di bahu siapa-siapa.Aku menangis seorang diri.Tiada siapa yang tahu,tiada siapa yang datang menemani,tiada siapa yang peduli.Aku hanya sendiri menanggung derita ini."
"Selepas apa yang aku lalui,aku masih sunyi.Walaupun aku ada adik,kawan-kawan,family,aku tetap terasa sunyi.Aku ingin menangis di bahu adik,kawan-kawan,family.Tetapi aku tak mampu.Kerana aku tak mahu mereka semua tahu derita yang aku tanggung selama ini."
No comments:
Post a Comment