Kadang-kadang tak semua keputusan akan memuaskan hati kita.Bila datang soal hati dan perasaan aku jadi gelabah.Sudah setengah tahun aku hidup hanya ditemani keluarga,adik dan para sahabat.Tiada lagi ucapan ILY,IMY dari seorang lelaki yang amat aku sayangi.Dia pergi begitu saja dan terus menghilang tanpa khabar berita.Kehadiran adik membuat aku terlupa akan si dia kerana aku bahagia dengan kehadiran adik dalam hidupku.Adiklah yang banyak menceriakan aku.Tak lupa juga Yus,Zue,Nurul,Imah dan Fara.Merekalah semangat aku.Tanpa mereka aku tak mungkin dapat berdiri tegak seperti sekarang.Tanpa mereka juga aku tak mampu untuk tersenyum seperti sekarang.Terima kasih banyak-banyak.Sayang korang sangat-sangat.
Bila aku sedang mencuba untuk menyemai perasaan kasih dan sayang kepadanya,dia hilang secara tiba-tiba.Entah di mana silapku,aku pun tak tahu.Bila ditanya,dia diam seribu bahasa.Tiada jawapan untuk segala persoalanku.Diamnya telah membunuh perasaanku sendiri.Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya apakah salahku.Aku hanya mampu berdiam diri.Membiarkan dia dengan kehidupannya dan berdoa agar dia berbahagia selalu.Aku di sini setia menanti mereka yang aku sayangi,tapi adakah mereka pernah berfikir tentang diriku??
Di saat aku ingin menutup pintu hatiku,muncul dia.Kehadirannya sangat bermakna.Setiap kali nak tidur dan bangun tidur,aku pasti akan tersenyum membaca mesejnya.Aku tak pernah jemu melayan kerenahnya.Aku seorang gadis yang sukar untuk jatuh cinta.Apatah lagi menyayangi seorang lelaki sepertinya dalam masa yang singkat.Tetapi dia sangat istimewa.Kalau dulu lelaki mesej aku,jangan harap aku nak layan.Tapi dia...ah,susah nak bayangkan perasaanku dengan kata-kata.Aku sudah mula menyayangi dirinya.Namun tak mungkin aku akan meluahkan perasaanku kepadanya.Aku tak mahu bila aku luahkan,aku akan kehilangannya untuk selamanya.Dia bukan untukku.Aku tahu dia bahagia dan aku turut bahagia untuk dirinya.
"Ingin aku pergi jauh dari hidupnya.Tapi aku tak berdaya.Kerana aku sudah mula menyayangi dirinya.Kenapa aku tak pergi sebelum munculnya perasaan ini?"
Semenjak dua menjak ni aku kerap sangat gelak.Bila tiba saat tu,aku mula menangis.Dan kadang-kadang aku menangis tanpa sebab.Aku sunyi.Aku tak pernah sesunyi begini.Aku tak suka situasi begini di mana aku menyayangi insan yang bukan milikku.
"Semakin aku ingin lari jauh,semakin dekat dia dengan diriku.Semakin aku cuba untuk melupakan dirinya,semakin kuat rinduku kepadanya."
Sakit sebenarnya memendam perasaan.Dan sakit bila kita menyayangi seseorang dalam diam tanpa pengetahuan si dia.Lagi sakit bila dia menyayangi orang lain.Kepada siapa aku nak luahkan?Kepada siapa aku nak mengadu?Dan kepada siapa aku ingin tumpang bahu untuk menangis?Adik,akak sedih sangat.Tak ada siapa yang tahu apa yang sedang akak lalui saat ini.Kalaulah akak tak pernah kenal mereka ni,mungkin akak takkan jadi begini kan.
Dan seterusnya rasa ini selalu terjadi
Dan tak pernah berkurang
Hatiku hanya untuk dirimu
Aku bahagia hanya bila kamu bahagia
(Nirina Zubir - Hari Ini,Esok dan Seterusnya)
"Ya Allah,andai dia jodohku,berikanlah petunjukMu.Andai dia bukan jodohku,jauhkanlah dia dari diriku.Sesungguhnya Allah sudah sediakan yang terbaik untuk hamba-hambaNya."
-->Biarlah orang melihat kita sebagai seorang yang kuat dan tabah.Soal hati hanya Allah yang tahu betapa perit dan sakitnya memendam perasaan seorang diri.Aku sudah biasa begini.(GaDiS KaCa MaTa - Julai 14,2011)
No comments:
Post a Comment