Gambar itu memaparkan segala memori. Lagu itu meluahkan apa yang dirasai. Ayat itu ucapan dari hati. Dan semuanya bersatu menjadi cerita yang kekal abadi.
Thursday, September 29, 2011
Rindu Korang Semua
S U M P A H
Wednesday, September 28, 2011
Tuesday, September 27, 2011
Always Be There
Saturday, September 24, 2011
Kata-kata Dusta
"Aku dipermainkan atau aku yang bodoh kerana percayakan lelaki?"
Mak,sampai hati dia buat Baby macam tu.Apa salah Baby?Baby tak sakitkan hati dia langsung Mak.Baby baru nak sayang dia.Dia dah tinggalkan Baby.
"Belum sempat aku ungkap perkataan SAYANG,dia dah berlalu pergi.Mungkin dia bukan jodohku."
Rasa nak menangis bila stalk Facebook dia.hm.Tak ada jodoh.Nak buat macam mana.Sekarang tak mau percaya kata-kata lelaki lagi.Tambah-tambah dari mulut dia yang macam @#$%^&* tu.haha.Kemon Baby,wake up!! Jauh lagi perjalanan.Tak mati pun kalau tak ada kekasih hati buat masa sekarang.Fokus dan habiskan ijazah dulu.InsyaAllah kalau ada jodoh tak ke mana.Cuma sekarang bukan masanya untuk aku mencari kasih sayang seorang lelaki.Aku hanya mencari keredhaan dan cinta dariNya saja.
"Semoga kamo bahagia bersama pilihan hati.Janganlah hancurkan hati dia sebagaimana kamo pernah menghancurkan hati kawan baik saya suatu ketika dulu.Saya sayang kamo tapi sayangnya tak kesampaian.Mungkin saya bukan tulang rusuk yang kamo cari.Semoga bahagia,sayang."
-->Kehilangan mereka yang pernah menjadi sebahagian dari hidup kita mengajar kita untuk lebih bersyukur dan menghargai mereka yang masih ada di sekeliling kita.(GaDiS KaCa MaTa - September 24,2011)
Monday, September 19, 2011
Kuatkan Semangat Kamo Sayang
Dunia ini tak kejam.Tapi manusia itu sendiri yang kejam kepada dunia.
Saya tahu kamo kuat.Sabarlah.Banyakkan berdoa pada DIA agar diberi petunjuk yang mana salah dan yang mana betul.Jangan mudah putus asa.DIA sentiasa ada dekat dengan kita.Kita saja tak sedar akan kehadiran DIA di sisi kita.
"Kalau Allah makbulkan doa kita,InsyaAllah DIA akan tunjukkan kebenarannya.Sabarlah.Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui."
Mereka datang dan mereka pergi.Bezanya cuma mungkin mereka akan kembali dan mungkin tak kembali.Hanya cepat atau lambat saja.Perbezaan nampak ketara tapi dalam hati kita tak tahu apa-apa.Kita mungkin fikir yang bukan-bukan jika sesuatu perkara yang tak diingini terjadi kepada diri kita.Tapi kita lupa akan hikmah disebalik kejadian itu.Bukan hendak menyalahkan takdir cuma diri tak dapat menerima kenyataan itu.Pahit untuk ditelan.Tapi hidup harus diteruskan.
Aku pernah ditinggalkan kekasih hati.Lama aku merana kerana tak dapat melupakan dia.Tapi Allah temukan aku dengan ADIK.Tak pernah aku duga akan bertemu dengan adik.DIA berikan aku kebahagiaan dan perasaan seorang kakak ke dalam diriku.Aku bahagia dengan kehadiran adik dalam hidupku.Aku bersyukur Ya Allah.Mungkin itulah hikmah disebalik perpisahan aku dan dia.Dan aku redha jika adik pergi tinggalkan diriku suatu hari nanti.Aku akan bersedih.Namun aku harus kuat kerana setiap kejadian ada hikmah yang tersembunyi.Semuanya terpulang kepada individu itu untuk menerimanya dengan apa jua cara.
"Aku redha andai Allah mengambil orang-orang kesayanganku bersamaNYA.Kerana aku tahu setiap yang hidup akan mati.Setiap yang datang akan pergi.Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA."
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:
"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).
"Mimpi itu masih belum dapat aku lupakan.Betulkah apa yang aku baca?Jika benar,aku redha.Namun aku tetap berdoa agar umur mereka yang aku sayang dipanjangkan.Semoga mereka dapat melihat kejayaanku di masa akan datang.Aku tak mampu nak kehilangan mereka sekarang kerana merekalah penyuntik semangat aku selama ini.Keluarga,para sahabat dan adiklah semangat aku.Aku sayang mereka lebih dari nyawa aku sendiri.Saya ♥ kalian semua."
Sabarlah Bintang.Hidup perlu diteruskan.Saya sentiasa ada diwaktu kamo memerlukan saya.Saya janji takkan sembunyi lagi.Saya akan selalu tonjolkan diri supaya kamo tahu saya ada di mana-mana.Biarpun kamo tak pandang saya,saya tetap ada.Kamo kan dah jadi sebahagian dari hidup saya.Saya dapat rasa bahawa kamo berada dalam keadaan yang tertekan,sedih.Bersabarlah.Kita hanya hidup sementara saja di bumi Allah ini.Senyum itu pengubat segala duka.Saya tahu kamo kuat dan saya tahu kamo mampu tempuhi segala dugaan yang Allah berikan.Tabahkanlah hatimu.(^,^)
"Ohh,air mata ni tiba-tiba mengalir.Rindu dengan air mata ni.Dah lama tidak lihat kelibatnya di kelopak mataku."
Saturday, September 17, 2011
Allah Maha Mengetahui
"Tersedar aku dari lamunan dan terus beristighfar.Bodohnya aku kerana tidak menyedari kehadiran Allah di kala aku susah mahupun senang."
Sehingga kini aku masih tidak percaya dia telah pergi tinggalkan diriku.Dan sehingga kini juga aku masih menunggu dia kembali.Ahh,bodohnya aku.Kenapa mesti aku tunggu dia sedangkan dia dah lupakan aku dan buang aku jauh dari hidupnya?Lama aku merana.Lama aku bersedih.Lama aku menangis.Lama aku berduka.Hampir kesemua senyuman,gelak tawa dan kerianganku adalah PALSU belaka.Sudah lama aku tidak ketemu semua itu sejak kehilangan dirinya.Aku SEPI.
"Aku belagak gembira kerana aku tidak mahu orang sekeliling tahu keadaan sebenar aku.Biarlah aku dan Allah saja yang tahu segala yang tersurat dan tersirat di hati ini."
'Allah menemukan kita dengan orang yang salah sebelum temukan kita dengan orang yang betul.' Ayat ni buat aku terdiam seketika.Sesungguhnya Allah dah tetapkan jodoh kita dengan siapa.Dalam percintaan pasti ada pasang surut.Aku redha andai dia bukan jodoh aku.Aku berdoa agar Allah temukan aku dengan lelaki yang mampu membimbing aku ke jalanNya,jalan ke syurga.Aku bukanlah gadis yang baik dan aku juga bukanlah gadis yang jahat.Aku hanya gadis biasa yang tak pernah terlepas dari melakukan dosa.Allah Maha Mengetahui segala-galanya.Ajal maut,jodoh pertemuan.Semua itu Dia yang tentukan.Sehebat mana kita merancang,Allah saja yang tentukan.
"Kun faya kun."
Thursday, September 15, 2011
Miss My Panda
Aku tak pernah duga dia hadir dalam hidupku.Tapi kehadirannya mewarnai hidupku.Dia menerangi malam-malamku yang suram.Walau apa pun yang terjadi,dia tetap BINTANG hatiku.Biarpun dia pergi tinggalkan aku,dia tetap PANDA comel kesayanganku.Dulu aku tak mampu hidup tanpa dirinya.Tapi kini dia semakin jauh dari diriku.Dan aku harus cuba hidup tanpa dirinya.
"Teringat waktu pertama kali berjumpa dengannya.Pertemuan yang singkat itulah yang membawa kebahagiaan yang berpanjangan dalam hidupku."
Aku tak mampu nak baca isi hati orang lain.Aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan dia dunia dan akhirat.Aku nak dia berjaya dalam hidup.Dia dah jadi sebahagian dari hidup aku.Dia sedih,aku sedih.Dia gembira,aku gembira.Dia bahagia,aku tumpang bahagia.Dia sakit,akulah yang paling risau even dia tak pernah tahu.Mungkin dia anggap aku tak ambil berat.Hanya Allah yang tahu betapa gelisahnya aku kalau tahu dia tak sihat.
"Saya nak kamo tahu bahawa saya ♥ kamo.Saya sentiasa ada untuk kamo walaupun kamo tak pernah pandang saya."
Tak kisahlah jika kamo dah buang saya dari hidup kamo.Tapi saya takkan pernah sekali-kali buang kamo dari hidup saya.Sekali saya sayang,selamanya saya sayang.Cukuplah saya dapat pandang kamo dari jauh.Asalkan saya tahu kamo berada dalam keadaan yang selamat dan sihat.Saya selalu stalk Facebook kamo.Saya selalu tengok gambar-gambar kamo.Saya selalu baca mesej-mesej kamo.Saya rindu kamo sangat-sangat.Saya rindukan kita yang dulu.
"Tak ada apa yang mampu aku ingat selain kenangan terindah yang pernah kami ukir bersama."
Mimpi-mimpi indah itu membuatkan aku tidur lena dan tak mahu bangun selamanya.Perkara yang paling aku rindu ialah bebelan dia.Dia suka pot pet pot pet tak kiralah atas motor ke dalam kereta ataupun bila-bila masa.Dia banyak bercakap dan aku tak pernah bosan walaupun dia dah cerita banyak kali pasal sesuatu perkara tu dekat aku.Kalau orang lain mesti dah bosan tak pun mengantuk.Tapi aku tak pernah jemu dengar dia bercerita.Kalaulah kamo tahu apa yang sedang saya rasakan sekarang.Kalaulah kamo juga turut rasa apa yang saya rasakan.Kalaulah.......
"Aku sanggup buat apa saja demi mereka yang aku sayang.Aku sanggup korbankan nyawa aku demi keluarga,para sahabat dan adik."
-->Kita tak sedar bila kita mula menyayangi seseorang.Kita hanya sedar bila kita tak mampu kehilangan dirinya walaupun sesaat.(GaDiS KaCa MaTa - September 15,2011)
Wednesday, September 14, 2011
Tuesday, September 13, 2011
Masih Bertahan
Sehingga sekarang aku masih mampu bertahan dan mengukir senyuman di hadapan mereka yang aku sayang.Aku tak nak mereka tahu apa yang sedang aku lalui.Kesedihan,kesakitan dan kekusutan yang aku lalui biarlah aku dan Allah saja yang tahu.Aku jenis seorang yang suka memendam perasaan.Ada yang kata tak elok pendam seorang diri.Kalau boleh luah,luahkanlah.Tapi aku luahkan pun macam tak ada guna.Memang aku rasa lega tapi itu semua hanya untuk sementara waktu saja.Dulu selalu cerita dengan adik.Tapi adik sekarang dah busy.So,tak naklah ganggu dia.Dia mestilah penat.Yang penting aku tahu adik sihat dan selamat.Alhamdulillah.
Teringat kata-kata seorang sahabat sewaktu sesi luahan perasaan dengannya tempoh hari.'Semakin kita dewasa,semakin kita rasa sunyi.Tak ada dah kawan-kawan nak hiburkan kita.Kita nak mengadu masalah pun dah tak tahu dekat siapa'.Ya dan aku sedang melalui fasa kesunyian itu.Cuma aku tak tunjukkan bahawa aku sedang kesunyian.Selagi aku mampu tersenyum,aku akan senyum seikhlas hatiku.Masalah yang ada biarlah aku pendam seorang diri.
"Kawan untuk gelak bersepah-sepah.Kawan untuk nangis susah nak dapat."