Dunia ini tak kejam.Tapi manusia itu sendiri yang kejam kepada dunia.
Saya tahu kamo kuat.Sabarlah.Banyakkan berdoa pada DIA agar diberi petunjuk yang mana salah dan yang mana betul.Jangan mudah putus asa.DIA sentiasa ada dekat dengan kita.Kita saja tak sedar akan kehadiran DIA di sisi kita.
"Kalau Allah makbulkan doa kita,InsyaAllah DIA akan tunjukkan kebenarannya.Sabarlah.Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui."
Mereka datang dan mereka pergi.Bezanya cuma mungkin mereka akan kembali dan mungkin tak kembali.Hanya cepat atau lambat saja.Perbezaan nampak ketara tapi dalam hati kita tak tahu apa-apa.Kita mungkin fikir yang bukan-bukan jika sesuatu perkara yang tak diingini terjadi kepada diri kita.Tapi kita lupa akan hikmah disebalik kejadian itu.Bukan hendak menyalahkan takdir cuma diri tak dapat menerima kenyataan itu.Pahit untuk ditelan.Tapi hidup harus diteruskan.
Aku pernah ditinggalkan kekasih hati.Lama aku merana kerana tak dapat melupakan dia.Tapi Allah temukan aku dengan ADIK.Tak pernah aku duga akan bertemu dengan adik.DIA berikan aku kebahagiaan dan perasaan seorang kakak ke dalam diriku.Aku bahagia dengan kehadiran adik dalam hidupku.Aku bersyukur Ya Allah.Mungkin itulah hikmah disebalik perpisahan aku dan dia.Dan aku redha jika adik pergi tinggalkan diriku suatu hari nanti.Aku akan bersedih.Namun aku harus kuat kerana setiap kejadian ada hikmah yang tersembunyi.Semuanya terpulang kepada individu itu untuk menerimanya dengan apa jua cara.
"Aku redha andai Allah mengambil orang-orang kesayanganku bersamaNYA.Kerana aku tahu setiap yang hidup akan mati.Setiap yang datang akan pergi.Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA."
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:
"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).
"Mimpi itu masih belum dapat aku lupakan.Betulkah apa yang aku baca?Jika benar,aku redha.Namun aku tetap berdoa agar umur mereka yang aku sayang dipanjangkan.Semoga mereka dapat melihat kejayaanku di masa akan datang.Aku tak mampu nak kehilangan mereka sekarang kerana merekalah penyuntik semangat aku selama ini.Keluarga,para sahabat dan adiklah semangat aku.Aku sayang mereka lebih dari nyawa aku sendiri.Saya ♥ kalian semua."
Sabarlah Bintang.Hidup perlu diteruskan.Saya sentiasa ada diwaktu kamo memerlukan saya.Saya janji takkan sembunyi lagi.Saya akan selalu tonjolkan diri supaya kamo tahu saya ada di mana-mana.Biarpun kamo tak pandang saya,saya tetap ada.Kamo kan dah jadi sebahagian dari hidup saya.Saya dapat rasa bahawa kamo berada dalam keadaan yang tertekan,sedih.Bersabarlah.Kita hanya hidup sementara saja di bumi Allah ini.Senyum itu pengubat segala duka.Saya tahu kamo kuat dan saya tahu kamo mampu tempuhi segala dugaan yang Allah berikan.Tabahkanlah hatimu.(^,^)
"Ohh,air mata ni tiba-tiba mengalir.Rindu dengan air mata ni.Dah lama tidak lihat kelibatnya di kelopak mataku."
No comments:
Post a Comment