Monday, January 9, 2012

Merah Itu Cinta

Ke mana saja aku keluar, aku sering memakai baju warna merah. Aku selesa pakai warna merah. Dan aku tak kisah orang nak kata, 'dia ni asyik pakai baju yang sama je. macam tak ada baju lain.' Oh, suka hati la. Bukan suruh korang basuh baju aku pun.

"Ros merah tanda cinta seseorang kepada pasangannya. Aku tak pernah dapat bunga. Beri bunga ada la. Itu pun sebagai hadiah hari lahir kepada orang-orang kesayanganku iaitu Puteri, Nurul dan Imah. Kelas nyah. ^_^"

22

Gambar ini pernah menjadi gambar kesukaan dia. Dan aku kekalkan gambar ini di fb. Tapi, dia dah tiada. Jadi, biarlah aku kekalkan gambar ini di sini.

Merah itu cinta
Sukar digambarkan
Tanda pengorbanan
Yang tak terhingga
Merah itu rindu
Hanya aku tahu
Tanda kesetiaan pada yang dicinta
Pertama kali ku mengenali
Selamanya kan ku rasai
(Leez - Merah Itu Cinta)

Setiap warna itu ada keistimewaan tersendiri. Terpulanglah kepada diri kita untuk mentafsirkannya. Seseorang pernah berkata, aku nampak comel berbaju merah. Terima kasih. Hanya kerana ayat itu, kamu buat saya tersenyum sehingga sekarang. Dan kerana ayat itu juga, saya rasa berkeyakinan tinggi setiap kali menyarung baju merah saya. Terima kasih kamu. Maaf, saya jarang ada bila kamu cari saya. Saya cuma mahu bersendiri buat seketika. Jangan risau, ada ketikanya saya rindukan kamu.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...