Monday, January 2, 2012

Rindu Setengah Mati

2011 sudah melabuhkan tirainya. Banyak kenangan manis aku pada tahun itu. Sekejap saja masa berlalu. Dan kalau boleh aku tak mahu tinggalkan 2011. Rindu sangat pada kenangan-kenangan itu. Walaupun sukar untuk aku menempuhi tahun itu seorang diri, tapi itulah tahun yang banyak mengajar aku erti tabah dan sabar.

"Itulah tahun di mana aku mengenali Puteri Noraini, Nurul Jannah, Norazamah dan Najjah Farahim. Perkenalan yang singkat namun ia membawa sejuta kemanisan buat aku."

Di sebalik kesedihan itu, Allah temukan aku dengan mereka. Dan Allah berikan aku kebahagiaan yang tak pernah aku kecapi selama ini. Kehadiran mereka memberi aku nafas baru. Mereka bagaikan adik-adik aku. Dan aku ada Bintang baru, iaitu adik. Adik seorang yang ceria dan selalu buat aku tersenyum mendengar celotehnya. Walau berulang kali dia menceritakan kisah yang sama, aku tak pernah jemu mendengarnya.

"Asal celik saja mata mereka, pasti riuh. Aku rindukan keriuhan mereka. Rindu sangat..."

Tahun ni bakal sendiri lagi menempuhi hidup ini. Tiada lagi kekasih hati. Dan tiada lagi Bintang menyinari malam-malam yang sepi. Sedih? Pasti sedih. Namun aku jadikan kenangan kami bersama sebagai teman setia aku di kala sunyi. Aku jadikan kata-kata semangat mereka sebagai sumber kekuatan aku. Senyuman dan gelak tawa mereka sebagai semangat aku.

Aku rindu setengah mati kepadamu
Sungguh ku ingin kau tahu
Ku tak bisa hidup tanpamu
Aku rindu…
(D'Masiv - Rindu Setengah Mati)


Mohamad Aliff Abd. Razak. Sekali lagi saya tidak dapat menyambut hari jadi kita bersama, menyambut ulang tahun kita bersama, berbuka puasa bersama, jalan-jalan cuci mata bersama, bermain game di cc bersama dan sukar untuk saya katakan bahawa kita tidak lagi bersama.

DSC00104

Gambar ini buat saya jatuh hati dengan kamu. MySpace saksi segalanya. Dan tak sangka kamu juga sukakan saya. Terima kasih atas segalanya. Saya sukakan kening lebat dan juga janggut kamu. Dan wajah itu yang selalu saya rindu...

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...