Aku suka jika orang hanya kenal aku pada nama saja.Biarlah mereka tidak kenal rupaku.Aku bahagia begini.Aku di sini hanya ingin berkongsi bukan mencari publisiti.Segala yang aku kongsi di sini semuanya dari pengalaman aku yang lalu sama ada suka atau duka,tangis atau tawa,bahagia atau derita.Tidak semua aku kongsikan di sini.Aku seorang yang tidak mudah meluah perasaan melalui percakapan.Aku selesa meluah perasaan aku melalui penulisan.Pedulikan apa orang kata.Semua itu kita yang rasa.Dosa atau pahala,Allah yang tentukan.Aku hanya insan biasa yang tidak pernah lari dari membuat kesalahan.Namun aku bersyukur kerana masih diberi peluang kedua untuk menebus kesalahan aku yang lalu.
-->Orang yang gagal sentiasa bangun berusaha untuk mencapai kejayaan.Tetapi orang yang lulus hanya lulus pada nama.Mereka tidak pernah berusaha untuk lebih berjaya kerana mereka anggap mereka sudah cukup hebat dan pandai dalam segala hal.(GaDiS KaCa MaTa - Jun 7,2011)
No comments:
Post a Comment