Buat masa ni,tempoh untuk bersedih.Entah kenapa perasaan sedih ini menyelubungi hari-hariku dari awal tahun lagi.Tahun ni dalam sejarah kerana selama 6 bulan,tiada bulan yang aku tak sedih,menangis.Aku tak tahu kenapa aku jadi lemah begini.Dulu aku kuat.Segalanya aku tempuh dengan tenang dan sabar.Entah kenapa tahun ni aku terasa sangat lemah.Segala kekuatan aku direntap oleh perasaan sedih itu.Aku kelu.Aku buntu.Aku RINDU.Suatu ketika dulu,aku pernah ditinggalkan.Kini,biarlah aku yang pergi meninggalkannya.Aku sayang padanya.Tapi aku harus pergi.Aku tak mahu mengganggu kehidupannya lagi.Aku nak sangat tahu apa masalahnya tapi aku diamkan saja.Takut nanti bergaduh pula.Biarlah aku bawa diri aku jauh-jauh.Sejauh yang mungkin.Biar tiada siapa nampak bayangku lagi.Menyendiri.Itu saja yang aku mahu buat.
"Lagu-lagu itu ada kaitan dengan diriku.Dan lagu-lagu itu umpama memahami apa yang aku rasakan.Hanya melalui lagu aku dapat luahkan segala isi hati aku."
-->I know it's me who said goodbye.And that's the hardest thing to do.Cause you mean so much to me.And guide the truth from me to you.(Nur Jannah Alia - You)
No comments:
Post a Comment