Alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinan sahabat aku hari ini.Semuanya berjalan dengan lancar.Saat aku sampai,pengantin lelaki pun sampai disertai konvoi motor besar.Meriahnya.Aku tak dapat tangkap banyak gambar.Cukuplah sekadar menjamu mata dengan gambar-gambar yang ada ni.Cuaca pula sangat terik.Fuh.Panas dunia.Kebetulan pula abang si pengantin turut bersanding sekali.Alhamdulillah kedua-duanya berjalan lancar.Tahniah Ain dan Faiz serta abangnya,err...tak tahu nama penuh tapi yang pasti nama abangnya juga sama dengan nama pengantin lelaki,Faiz.Semoga kedua-dua pasangan ini berbahagia hingga ke syurga.InsyaAllah.Amin...=)
"Seronok melihat mereka bersanding.Aku bila lagi?"
Ain bersama pasangannya
Abang kepada Ain bersama pasangannya
Kedua-dua pasangan (pengapit di sebelah kanan sekali nampak segak.tidak berkelip mataku memandangnya.hehe)
Selamat Pengantin Baru
-->Tak semua hubungan akan berakhir dengan perpisahan.Tetapi akan ada satu perkara yang akan memisahkan kita selamanya iaitu mati.Itulah perpisahan yang kita tidak dapat elak.Kerana janji Allah itu pasti.(GaDiS KaCa MaTa - Jun 5,2011)
No comments:
Post a Comment