Sunday, March 13, 2011

OUR PRAYERS


Jika Allah ingin turunkan sesuatu musibah,dalam sekelip mata saja sudah berlaku.Itulah yang berlaku di Jepun.Beribu penduduk menjadi mangsa Tsunami yang berlaku pada Mac 11,2011 akibat gegaran gempa bumi pada 8.9 magnitud.Inilah tanda kekuasaan Allah.Mungkin ada segelintir masyarakat akan mengatakan bahawa ini ialah bala yang Allah turunkan.Tetapi hakikatnya ialah Allah itu Maha Berkuasa.Dia boleh menurunkan musibah pada bila-bila masa & kepada sesiapa sahaja.Bagi aku ini bukanlah bala tetapi kita semua sedia maklum akan tanda-tanda kecil kiamat.Inilah antara tanda-tandanya.Aku bersyukur kerana Malaysia masih dalam keadaan selamat.Ada ura-ura mengatakan bahawa Malaysia akan terkena tempias Tsunami tersebut.Berdoa saja agar semua itu dijauhkan.Aku berdoa agar semuanya akan berakhir tidak lama lagi.InsyaAllah.Kepada warga Malaysia yang berada di Jepun,semoga anda semua selamat.Amin...

Sedang aku mengelamun sendirian,aku terfikir tentang 1 perkara.Kenapa selama ini aku lalai,leka?InsyaAllah aku akan berubah suatu hari nanti.

-->Bila ditimpa musibah,jangan cepat melatah.Berdoalah pada Yang Maha Esa agar dipermudahkan segala urusan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...