Puas aku berendam air mata.Apa yang aku dapat hanyalah duka.Tiada yang gembira bila menangis.Menangis air mata darah sekalipun belum tentu kita dapat apa yang kita mahukan.Betul,kan?Perlukah aku terus dan terus mengharap pada yang tak sudi?Perlukah aku menyimpan hasrat ingin membina mahligai bersama dengan si dia yang bukan lagi milik aku?Perlukah aku buat semua itu?Aku sudah mula rasa ingin putus asa.Sesetengah orang kata penantian itu kadang-kadang berbaloi.Tapi sebaliknya pula bagi mereka yang telah lama menanti.Umpama menanti bulan jatuh ke riba.Dunia tidak kejam tetapi manusia itu sendiri yang kejam.Hujan di luar sangat lebat.Sejuk rasanya.Tapi hujan di luar tidak selebat hujan di dalam hatiku.SEPI.Itulah perkataan yang sesuai untuk aku ungkapkan kepada diri aku sendiri.Aku sepi.Walaupun aku rasa sepi,aku masih boleh senyum & ketawa kerana aku ada MEREKA yang amat aku sayangi.Aku ada adik yang selalu buat aku senyum mendengar dia membebel.Walaupun kadang-kadang geram tapi aku bahagia di sisinya.Aku masih ada kawan-kawan yang ambil berat tentang diriku.Aku ada MEREKA semua dan aku bersyukur dengan kehadiran MEREKA semua di dalam hidupku.Hidup perlu diteruskan.Masih jauh lagi perjalanan hidupku.Masih banyak lagi dugaan & cabaran di masa akan datang.Aku harus mula mencari kekuatan agar aku tidak kalah di masa akan datang.InsyaAllah,aku akan berusaha.Adik,kamolah BINTANG hati akak.
-->Bila menangis kita akan rasa tenang tetapi berapa lamakah ketenangan itu dapat bertahan?(GaDiS KaCa MaTa - Mac 29,2011)
No comments:
Post a Comment