Lagi beberapa jam sahaja lagi Mac akan menutup tirainya bagi tahun ini.Sesungguhnya amat perit untuk aku melalui bulan Mac kali ini.Tiap-tiap minggu aku berendam air mata.Hari-hari aku terkenangkan dia.Di manakah dia di saat ini?Apa khabar dia agaknya?Adakah dia sihat?Bagaimana keadaan mak dia?Aku ingin sekali mesej dengannya.Tapi aku takut.Takut mesej aku tidak berbalas.Umpama aku menyampaikan pesanan melalui angin.Tapi angin tidak singgah di tempatnya.Kesedihan ini tidak akan pernah hilang.Aku tahu aku harus kuat.Bak kata para sahabat aku,aku harus kuat.Masih banyak lagi cabaran yang menanti.Aku perlu lebih bersemangat untuk kehidupan seterusnya.
B.I.N.T.A.N.G
Bintang,terima kasih sekali lagi kerana hadir di dalam hidup saya.Saya bahagia dengan kehadiran kamo di sisi saya.Janganlah bersedih kerana saya ada untuk kamo.Kamolah segala-galanya bagi saya sekarang ni.Saya tak mahu kehilangan kamo.Kamo sudah menjadi sebahagian dari hidup saya dan saya ingin jadi sebahagian dari hidup kamo.Terima kasih atas kasih sayang kamo terhadap saya.Memang saya rasa sunyi tapi kehadiran kamo mewarnai hari-hari saya.Thanks BINTANG!!
-->Bintang terlihat terang.Saat dirimu datang.Bintang yang dulu hilang kini kembali pulang.(Kangen Band - Kembali Pulang)
No comments:
Post a Comment