Friday, January 27, 2012

S E K O L A H

4ST2

Rindu rasanya nak masuk sekolah balik. Rindu dengan kenangan ambil exam, hari sukan, merentas desa, sambut macam-macam perayaan, mengantuk masa dengar pengetua bagi ucapan waktu perhimpunan, spotcheck besar-besaran, kawad kaki, pergi kem dan bla bla bla. Rindu semua tu.

"Yang paling aku rindu ialah kayuh basikal pagi-pagi lalu sebelah kubur sambil pandang kubur-kubur yang ada."

Dulu aku nakal. Nama je pengawas. Asal spotcheck aku dengan kawan aku rajin sebar dekat kawan-kawan yang lain. Ada pulak la yang sanggup gigit kuku tak nak kena demerit punya pasal. haha. Konon nak panggil cikgu masuk kelas. Masuk pintu depan bilik guru, keluar pintu belakang terus pergi toilet. Gosip-gosip dulu baru masuk kelas.

"Rindu kelas biologi. Walaupun SPM cukup-cukup makan je, aku rindu cikgu dan subjek tu. Asal masuk topik yang menarik, semua khusyuk, diam je. Bila exam je semua gagal. haha."

Cikgu biologi paling sporting. Nak mengelakkan kitorang mengantuk semasa dia mengajar, dia galakkan kitorang makan gula-gula atau asam. Jangan bawak nasik lemak sudah la. Aku ingat lagi, subjek hari Rabu. Pasar malam tempat aku hari Selasa. Kawan-kawan semua pesan beli asam yang manis. Masuk je kelas, makan asam. Ada sekali tu, kitorang baling bijik asam dekat tingkap. #ketingg# Alamak, bijik asam kena tingkap, kitorang buat dek je. haha. Lepas tu gelak-gelak. Serius, aku dengan 3 lagi kawan nakal sangat. Tapi bab kawad kaki, kitorang rajin, bersungguh-sungguh. hehe.

"Dulu waktu sekolah budak lelaki kata aku garang. Asal bising dalam kelas, suara aku la yang kuat suruh diorang diam. Aku tak suka bising sangat. Tu pasal diorang kata aku garang kot. hehe."

Sekuat mana kamu kata benci sekolah, tak suka sekolah, bila dah dewasa sekolah tu la yang paling kamu rindu. Dan kamu nak sangat kembali ke zaman persekolahan. Sebelum masuk kelas hadir roll call dulu. Siapa lambat berdiri dekat pentas. Apa yang best masa sambutan bulan Merdeka ke 49. Gambar aku dengan kawan-kawan baik aku masuk majalah sekolah. haha. Masa tengah nyanyi tu la cikgu snap gambar. haish. Yang lain sempat pulak senyum. Pantang nampak kamera.

ogos

Seperti semalam kita bersua
Lima tahun berlalu sudah
Suka duka hadapi bersama
Susah mu susah ku jua
Tiada rahsia antara kita
(Aiqa - Seperti Semalam)


Rindu korang semua. Sedar tak sedar dah 6 tahun kita tinggalkan zaman persekolahan. Ramai dah kahwin, bertunang. Semoga jodoh korang berkekalan hingga ke syurga. InsyaAllah. Amin. Terima kasih atas segalanya. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Maaf andai selama persahabatan kita, aku banyak buat korang sakit hati, menangis, bergaduh, terkutuk, terpukul. Sampai sekarang masih terbayang-bayang kita semua dalam kelas belajar sama-sama, tidur ramai-ramai, menguap tu tak payah cerita la. Asal cikgu masuk je dan-dan semua menguap. haha. Rindu korang sangat-sangat.

p/s : banyak lagi gambar korang tapi aku malas nak pergi kedai scan gambar. :)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...