Monday, December 31, 2012

Letter For 2012

Dear 2012,

Thanks for the good and bad memories. Another album to be lock in my heart. I have something that I regret. Yes, my mistake. I never done something wrong like that. I'm sorry. I cried, I failed. I'll try to make everyone smile again. In sha Allah. 

Sincerely, ME.

Lama jari jemari tidak menari di atas keyboard untuk menghapdet blog. Bukan malas, cuma tiada idea nak hapdet apa. Penghujung 2012, Alhamdulillah, aku bahagia bersama seorang sahabat. Di kala diri masing-masing dirundang kesedihan, kepala kusut dengan masalah, masing-masing cuba untuk bangun semula. Memberi semangat kepada satu sama lain dengan harapan kami mampu bangkit. Walaupun sakit, perit, namun, hidup perlu diteruskan. Tiada alasan untuk jatuh selamanya.

Apa khabar kamu sekarang? 2 tahun sudah berlalu, kan. Berharap kamu baik-baik saja dan berbahagia bersama mereka yang kamu sayang. Rindu hati ini masih ada sisanya. Biarlah aku menghadapnya seorang diri.

Sedang asyik membelek buku Kitab Terfaktab, aku terbaca sinopsis di belakang buku KT1. IMG_8812copy 
 Sentap ! Kami benar-benar stranger. *Terdiam.

Teruskan pandang ke hadapan. Pasti ada sinar bahagia menanti aku dan juga kalian. Semoga 2013 memberi kenangan yang manis dalam hidup kalian dan juga diriku. Tiada apa yang mampu aku utuskan selain doa di sepanjang kehidupanku. Dan tiada apa yang membahagiakan aku selain melihat kebahagiaan orang-orang kesayanganku.

Terima kasih 2012 atas kenangan yang dibina. Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk aku melalui liku-liku kehidupan ini. Alhamdulillah.

Tuesday, October 30, 2012

Kuning Lambang Kegembiraan

Dari mata turun ke hati. Mengikat janji sehidup semati. Bermulalah fasa yang dinanti. Fasa yang bakal menduga hati. IMG_7595copy IMG_7610picasa IMG_7617copy
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Cuaca agak terik tetapi itu tidak menghalang para tetamu untuk meraikan hari bahagia mereka. Ini ialah fasa di mana kebanyakan pasangan akan diduga hatinya. Semoga kalian mengharungi dugaan ini bersama dengan penuh kesabaran dan saling bertolak ansur demi menjaga hubungan yang terjalin sekian lama.
IMG_7627copy
Antara hantaran yang menarik perhatian. Kreatif. Mengingatkan aku sewaktu menonton rancangan Cake Boss di Astro, saluran 707. Kek yang dihasilkan dengan begitu sempurna.
IMG_7656 IMG_7657copy IMG_7621copy
Setiap kesusahan, Allah sembunyikan kesenangan. Setiap tangisan, Allah selitkan senyuman. Setiap kekecewaan, Allah hadiahkan kebahagiaan. Berusahalah, berdoalah. Dia Maha Mendengar. (Gadis Kaca mata - Oktober 30, 2012)

Sunday, October 21, 2012

The Final Chapter

Every story will always start with a new chapter. This is the final chapter of the story. Next chapter will be created soon. And there will have new characters and new memories.
IMG_7439 IMG_7471 IMG_7452copy IMG_7458copy IMG_7550copy IMG_7502copy
Hope you will find your happiness and success in your life. Congratulations !

I may not finished what I've started. But this is not the end of my story. It is just the beginning of the new chapter. (Gadis Kaca Mata - October 21, 2012) 

Tuesday, October 16, 2012

Destinasi Seterusnya

Bukan semua yang kita mahukan akan tercapai. Namun, sesetengah kejayaan yang tidak kita impikan telah pun tercapai. Lihat, betapa Allah itu Maha Berkuasa. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Teringat kata sahabat baik, 'Ada rezeki kau kat tempat lain tu.' InsyaAllah. Amin.

Kini, perjalanan telah tamat. Masa untuk ke destinasi yang baru. Semoga destinasi yang baru ini memberi semangat baru dan hidup baru kepada semua orang. Aku sentiasa berdoa agar Allah mempermudahkan segala urusan yang kita semua lakukan.

IMG_7501copy Hidup ini umpama menaiki keretapi. Berhenti di setiap destinasi untuk menurunkan penumpang dan mengambil penumpang baru. Ibarat ilmu yang diperolehi. Di setiap destinasi, kita akan mempelajari ilmu yang berlainan dan mula menjelajah destinasi baru untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan menimba ilmu yang kita tidak pernah pelajari.

Kadang-kadang bukan kejayaan yang kita impikan. Tetapi kegembiraan yang akan dikongsikan. (Gadis Kaca Mata - Oktober 16, 2012)

Saturday, July 7, 2012

Every Picture Has A Story

A photo can say a thousand things
But it can't say the million things I wanna say
A photo can capture the way we were
But it can't capture the way we are
'Cause you're far away
(Photo - Ryan Cabrera)

kek

P8110607

_MG_6675

IMG_5184

love

'Cause I'm looking at your picture
'Cause it's all I've got
Maybe one day
You and me will have one more shot
(Photo - Ryan Cabrera)


Happy Birthday to Imah, Nurul and Putri. I never had a chance to celebrate your birthdays this year. I love all of you. Take care girls. Lots of ♥ ♥ ♥

You can throw away our pictures but you can't erase the memories. It last forever until my last breath. (Gadis Kaca Mata - July 7, 2012)

Wednesday, July 4, 2012

Kota Itu Kota Kenangan

P4170571 copy

5 tahun aku di kota ini. Berjuang demi menuntut secebis ilmu dari para pensyarahku. Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan ilmu yang sudi dicurahkan kepadaku. InsyaAllah, tidak akan pernah disiakan. Terima kasih kepada para sahabat dan rakan seperjuangan. Jasa baik kalian tidak akan pernah aku lupa. Susah senang kita bersama. Hanya Allah mampu membalas segala jasa baik para pensyarah dan sahabatku. Semoga kalian dirahmati Allah.

IMG_7280 copy

Sejak kejadian banjir, aku pindah ke rumah baru. Suasana baru. Jiran baru. Aku sukakan pemandangan di sekitar kawasan rumahku. Cuaca di waktu petang, senja dan malam. Nyaman dan damai.

IMG_7279

IMG_7267

Setiap kali bulan penuh, aku akan keluar rumah melihat bulan. Indahnya ciptaan Allah. Tahun pertama dan tahun terakhir aku melangkah seorang diri. Tahun selainnya aku ada teman yang sentiasa ada di waktu aku senang mahupun susah. Terima kasih kerana pernah menyayangi diri ini walaupun hanya untuk sementara waktu. Bukan tak kuat cuma hampir kesemua kekuatan itu kamu bawa bersama. Yang tinggal hanyalah saki-baki kata-kata semangat kamu sebelum kamu pergi. Kata-kata semangat itulah yang membawa aku hampir ke garisan penamat. Kejayaan yang bakal aku kecapi bukan untuk aku tetapi untuk keluarga, para sahabat dan kamu. Ya, kamu. Kamu yang aku sayang.

Kota itu kota kenangan. Terima kasih atas segala suka duka, tangis tawa, pahit manis dan senda gurau. Suatu hari nanti, kenangan ini akan membawa aku pulang semula ke kota itu. (Gadis Kaca Mata - Julai 4, 2012)

Wednesday, June 13, 2012

Allah Lebih Sayangkan Beliau

# Tabahkan diri kamu sahabat. Setiap yang hidup pasti akan mati.
# Banyaknya dugaan kamu dan inilah dugaan yang berat untuk kamu. Allah sedang menguji kamu dan keluarga kamu.
# Aku sedih kerana aku tak sempat berbicara dengan kamu. Selesai mandi, kamu dah pun gerak pulang ke kampung. Maafkan aku.
# Aku sedih melihat keadaan kamu. Ulang-alik dari kampung. Aku tahu kamu penat.
# Walaupun aku tidak merasa kesusahan dan dugaan kamu, aku memahami keadaan kamu.
# Kuatkan semangat kamu, sayang.
# Takziah kepada Zurainee Binti Mohd Tahir dan keluarga atas pemergian Ayahandanya ke rahmatullah. Semoga roh Ayahanda kamu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

Saturday, June 9, 2012

Masihkah Ada Ruang?

Kesunyian di waktu sepertiga malam, ditemani lagu Izinku Pergi dari Kaer, sedang orang lain diulit mimpi indah, aku berjuang seorang diri untuk menyiapkan segala kerja. Berbekalkan saki-baki semangat dan sokongan dari Mak, aku gagahkan diri untuk merangkak menyusuri jalan yang berliku. Walaupun perit, aku berusaha sehingga aku tidak berdaya lagi. Masihkah ada ruang untuk aku perbetulkan segala kesilapan? Masihkah ada ruang untuk aku berlari seiring bersama rakan seperjuangan yang lain? Masihkah ada semua itu?

IMG_7152

Maaf jika aku tidak berjaya mengharungi jalan berliku ini.

Thursday, May 31, 2012

Jambatan Kejayaan

IMG_7197

Kejayaan yang masih samar-samar. Bukan tidak yakin tetapi terlalu banyak kesilapan dan dugaan yang berjaya menarik aku hampir ke lembah kegagalan. Aku ingin berjaya tetapi masih ada sesuatu yang menghalang aku.

IMG_7215

Biarpun berat kaki melangkah, aku cuba bertatih seorang diri sambil memaut pada semangat yang masih ada untuk mengejar impian kedua orang tuaku. Aku tahu ada sesuatu yang lebih baik menanti aku di sana.

DSCN6681 copy

Si Merah, walaupun tidak bernyawa, aku tetap bahagia di sampingnya.
Doa aku sentiasa bersama para sahabatku. Maaflah andai kamu semua merasakan bahawa aku meminggirkan kamu. Sesungguhnya aku sendiri berada di dalam kesempitan masalah di mana aku sendiri tidak mampu untuk menyelesaikannya. Maaf jika kelakuan dan tutur kata aku mengguris perasaan kamu semua.

Dalam diam aku risau. Dalam diam aku rindu. Dalam diam aku sayang. Dalam diam aku sedih. Dalam diam aku berdoa. Dalam diam aku perhatikan. Dan dalam diam aku cuba menjauhkan diri. Mungkin diam itu akan membawa kebahagiaan kepada diri kamu. (Gadis Kaca Mata - Mei 31, 2012)

Thursday, May 24, 2012

A Moment With Si Merah

Tengok balik folder gambar, ternampak satu gambar yang aku pernah capture waktu pagi. Dan aku tak edit langsung gambar tu. Sebab malas. Aku budak baru belajar. Jadi, masih banyak perlu diperbaiki.

IMG_1836

Di setiap kelemahan terselit kelebihan. Jangan pernah pandang rendah pada diri sendiri. (Gadis Kaca Mata - Mei 24, 2012)

Saturday, May 12, 2012

Their Smile

Disappointed with myself. I covered it up by looking their smile. And I smile.

IMG_5187

IMG_5222
Keep that smile, birthday girl. :)

IMG_5163

IMG_5211
When will I see you again, Budak Kecik?

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you
(Count On Me - Bruno Mars)

Tuesday, May 8, 2012

Semangat Yang Hilang

Sekali lagi semangat aku direntap kuat. Dan sekali lagi aku jatuh tersungkur.

Belum sempat saya membicarakan masalah saya, kamu terlebih dahulu menceritakan masalah kamu. Dan saya sedih sebab saya tiada di waktu kamu dalam kesusahan itu. Maafkan saya. Bukan saya tak mahu menceritakan masalah saya. Tetapi selepas mendengar masalah kamu, saya rasa lebih baik saya pendamkan saja. Saya tidak mahu membebankan kamu dengan masalah saya pula. Dan saya tidak mahu membebankan sesiapa.

Saat-saat terakhir bersama kamu betul-betul buat saya rasa bahagia dan gembira. Terima kasih kerana menceriakan hari-hari saya walaupun hanya untuk sementara waktu. Selepas ini, tiada lagi kisah kita dicipta di bandar ini. Yang tinggal hanyalah saya dan kenangan kita saja.

IMG_5144

Terima kasih sekali lagi. Jika umur masih panjang, InsyaAllah kita akan berjumpa lagi. Jaga diri baik-baik. Saya sentiasa merindui kamu, Budak Kecik. :)

These are the things that I remember the most
For those of you
I have open my world
We are far away but I know
We are here to stay
All these songs remember me of you
All I know is better far away
I remember you
I remember you
(Photo Of You - Yuna)

Monday, April 30, 2012

Buah Hati Pengarang Jantung

IMG_1902

Alhamdulillah, sejuk hati tengok budak-budak tu senyum, gelak. Serius, rasa tenang sangat. Tambah pulak dapat tengok wajah Mak dan Abah serta kakak dan abang. Rasa nak nangis je bila sampai rumah. Saat kepala tengah serabut dengan masalah, sampai saja di perkarangan rumah, terus tersenyum lebar dan masalah pun entah terbang ke mana. Alhamdulillah.

"Niat hati hendak mengadu, tetapi terbantut kerana hati terus sejuk tengok wajah mereka. Biarlah aku pendamkan saja."

Terima kasih kepada Farah, Eja dan kakak kepada Eja sebab sudi keluar dan lepak sama-sama. Masa korang tengah cuti ni saja la dapat jumpa. Sekali lagi aku tersenyum lebar dan masalah kian jauh dari pandangan hati. Alhamdulillah.

kek

Akhir kata, Selamat Menyambut Ulang Tahun kepada Dura Juwita Binti Ahmad Rusmizi (29 April 2008), Nur Hani Nadhirah Binti Ahmad Rusmizi (8 April 2002) dan Ayu Irdhina Binti Ahmad Rusmizi (5 Mei 2004). Disebabkan tarikh dekat-dekat, sambutan dibuat serentak. Semoga kamu semua sentiasa mendengar kata Tokwan, Maktok, Ibu, Ayah, Angah, Acik dan Acu. Jadilah anak yang berguna dan sentiasa berbakti kepada kedua orang tua kamu. Amin.

Saturday, April 28, 2012

Aku Bukan Yang Terbaik

Aku cemburu melihat kamu semua ada tempat mengadu. Aku ada ahli keluargaku. Tetapi aku lebih suka memendam segala perasaan aku daripada mereka. Aku ingin mereka melihat aku sebagai anak dan adik yang kuat dan tabah dalam menempuhi hidup ini. Aku tidak ingin membebani mereka dengan masalahku. Cukuplah sekadar melihat senyuman mereka. Ia sudah memadai untuk meredakan segala kekusutan aku.

PA110252

"Rindu pada Encik Spongebob. Waktu sedih, aku akan peluk dia sambil nangis."

Aku gagal menjadi sahabat baik kamu semua. Dan maaf, aku tak mampu nak puaskan hati kamu semua. Aku hanya buat apa yang aku mampu. Jika aku tidak mampu, itu bermakna aku ada masalahku sendiri. Kamu semua beruntung kerana masih ada mereka yang sudi membantu kamu di waktu kamu kesusahan, menjadi pendengar setia segala masalah kamu dan setia di sisi kamu di saat kamu memerlukan sahabat. Aku? Aku hanya seorang diri. Cukuplah aku pendam masalah aku seorang diri. Biarlah aku susah seorang diri. Kerana aku tidak mahu menyusahkan kamu semua lagi. Aku bahagia begini.

DSC04755
Gambar sekadar hiasan. :)

Maaf sekali lagi. Tidak pernah terniat untuk menyakiti hati kamu semua. Jika aku salah, katakan salah. Sekurang-kurangnya aku boleh meminta maaf atas kesalahan aku itu. Jika kamu semua tidak memaafkan, aku tidak kisah. Janji aku sudah melakukan bahagian aku. Selebihnya urusan aku dengan Allah. Maaf...

Percayalah pada hukum karma. Apa yang kita buat, pasti akan dibalas balik. Antara kita sedar atau tak sahaja. (Gadis Kaca Mata - April 28, 2012)

Friday, April 27, 2012

DIA Saksi Aku

IMG_1823 copy

Pokok mati ini tetap teguh berdiri. Waktu pokok ini masih berdaun rimbun, manusia seronok berteduh di bawahnya. Bila kesemua daunnya gugur, manusia mula merungut tidak dapat berteduh di bawahnya kala mentari memancarkan cahaya teriknya. Pernahkah kamu berfikir akan kebaikan pokok tersebut? Kenapa sering merungut dan hanya mencari kesalahan pokok itu?

Benar atau salah, hanya Dia yang tahu. Apa yang aku lakukan, Dia saksi aku. Siapa kamu hendak menjatuhkan hukuman ke atas diri aku? Menjatuhkan aku sama seperti kamu menjatuhkan maruah diri kamu sendiri. Aku dah lupakan tetapi kamu masih nak bersengketa. Macam budak sekolah.

Jangan sampai perangai kita turun kepada anak-anak kita.

Friday, April 20, 2012

April Yang Stress

Stress bagi seorang pelajar adalah perkara normal. Terutama apabila sampai waktu kemuncak untuk menyiapkan assignment yang beratur tunggu hendak dihantar mengikut tarikh luput yang telah ditetapkan. Dan aku adalah salah seorang pelajar itu. Waktu-waktu kemuncak ini, janganlah ada yang mengganggu. Silap-silap ada yang kena maki hamun, sumpah seranah, tumbuk, sepak, pelempang, bla bla bla...

SDC12956 copy

Air yang tenang jangan sangka tak ada buaya. Melainkan si buaya melepak dekat daratan. Seorang yang pendiam jangan sangka dia tak tahu apa-apa. Usiklah dia, dia akan beri kata-kata 'perangsang'.

SDC13003 copy

Berhentilah menilai orang lain. Tiada manusia yang sempurna. Ada mata, pandanglah sesuatu yang baik dan indah. Ada telinga, dengarlah perkara-perkara yang memberi manfaat dan kebaikan. Ada lidah, berbicaralah tentang kebaikan dan keindahan ciptaan Allah. Jadilah seperti pokok yang bergantung harap pada sesama sendiri tanpa mempertikaikan tinggi, rendah, rimbun, renek pokok-pokok yang lain. Matlamat pokok itu hanyalah satu, membekalkan oksigen kepada hidupan yang lain. Janganlah jadi seperti parasit yang tumbuh meliar dan merosakkan hidupan lain demi kepentingan diri sendiri.

p/s : maaf jika kata-kataku mengguris perasaan mereka. mungkin ada di antaranya tergigit cili semasa menjamu selera. aku mempunyai hati yang kering. hinalah aku, makilah aku, umpatlah aku, sindirlah aku. kerana setiap kata-kata 'perangsang' itu sebenarnya menguatkan lagi diri ini. yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri kita sendiri. maaf sekali lagi dan aku mengaku aku yang bersalah. kenyataannya, hanya Allah yang tahu siapa benar, siapa salah. aku hipokrit? cubalah geledah satu dunia dan cari manusia yang tidak hipokrit itu. aku ingin lihat wajahnya.

Jika dendam yang disimpan akan menjadi taman bunga yang indah, pasti manusia saling bermusuhan demi mencipta taman bunga yang indah di mata mereka. Namun hakikatnya ia hina di mata Allah. (Gadis Kaca Mata - April 20, 2012)

Wednesday, April 4, 2012

Aku, Kamu Dan Mereka Punya Hak Untuk Bersuara

IMG_0751 copy

Hidup umpama roda. Kadang kita berada di atas, kadang kita berada di bawah. Bila berada di bawah, kita ingin berada di atas. Bila berada di atas, kita lupa bahawa kita pernah berada di bawah.

Manusia ini sama saja. Semuanya hasil ciptaan Allah. Saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Bukan menghina sesama kita. Jika kamu menghina mereka ia umpama kamu menghina Allah. Bukankah Islam itu indah. Kenapa mesti mengaburi keindahan Islam itu dengan kata-kata hinaan kamu?

Dari Abu Hurairah r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya.
Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya. ' "


IMG_1358 copy

Setiap yang hidup pasti akan mati. Janganlah bila kita sudah tiada lagi di dunia ini, orang akan ingat kata-kata hinaan kita saja. Kalau boleh, biarlah orang ingat kata-kata nasihat, kata-kata yang memberi perangsang dari kita. Sekurang-kurangnya kita mendapat pahala.

Bahasa itu indah. Seindah wajah kamu. Mengapa perlu berbahasa kasar sehingga mencacatkan wajah kamu? Aku bersuara kerana aku ada hak. Kamu juga ada hak untuk bersuara. Tapi gunalah akal yang Allah kurniakan dengan sebaiknya. Kalau diri sendiri tidak dapat menerima teguran dan nasihat dari orang lain, adakah orang lain akan mendengar dan menerima teguran serta nasihat dari kita?

Jika perkataan maaf boleh melenyapkan sengketa itu, maafkanlah diri ini kerana terlanjur dalam berkata-kata.

Monday, April 2, 2012

Hotel Taraf 5 Bintang Di Dataran Merdeka

Hotel mampu milik. Berharga puluhan ribu untuk satu malam. Anda mampu bayar? Atau anda akan di isytihar BANKRAP. :)

IMG_1784

p/s : ceritanya aku la yang bankrap tu. asyik kalah je dengan mereka. sabar je la.

Tuesday, March 27, 2012

Tiba Lagi Untuk Kali Kedua

06-06-2011 23-09-28

27 Mac 2012 - Jika kisah dua hati itu masih bercantum, maka genaplah usia 4 tahun perhubungan itu. Ini kali kedua tarikh itu muncul. Bezanya kali ni ialah tiada lagi linangan air mata menemani diri. Hanyalah duduk sambil terkenang memori lama. Menyingkap kembali album kenangan sewaktu bersama. Indahnya waktu itu. Tersenyum. :)

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
(Hatiku Milikmu - Nera)


"Kita boleh mencipta kenangan tetapi kita tidak boleh kembali ke waktu kenangan itu tercipta."

Setahun sudah berlalu. Kini diri semakin tabah. Setelah bermacam dugaan yang datang, Alhamdulillah diri semakin kuat untuk cabaran hidup di masa akan datang. Bukan senang nak melupakan. Tetapi hidup harus diteruskan. Di sebalik gelak tawa, hati berduka. Di sebalik senyuman manis, hati menangis. Hanya Allah yang tahu segalanya.

"Di setiap kehilangan, Allah sudah sediakan yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Dia Maha Mengetahui."

Setiap lagu dan gambar itu akan mengingatkan kenangan yang pernah dicipta bersama. Mungkin diri ini sudah dilupakan. Namun, diri kamu tetap segar dalam ingatan.

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
(Jangan Lupa Namaku - Pompa Bensin)

06-06-2011 23-25-13

Friday, March 23, 2012

Hari Jadi Mak dan Aku Kemalangan

Selamat Hari Jadi Puan Halipah Binti Bahrawi. Kakak cakap birthday girl demam. Alahai...kesian Mak. Aku semangat nak balik kampung hujung minggu ni. Ceritanya aku nak merasa kek ais krim kakak beli. haha..

13324461965461309473690

Aku kemalangan petang pada hari jadi Mak. Nak elak dari langgar kereta depan aku yang tiba-tiba brek mengejut, aku pun brek mengejut jugak. Disebabkan jalan licin, baru lepas hujan, impak jatuh motor sangat kuat. Kuat la sampai helmet aku tercabut, tudung tercabut, pipi cium jalan tar yang basah, spek mata senget dan paling best motor atas aku. Terbaik!!

Dah la jatuh, ramai pulak yang datang tolong. TOLONG TENGOK. Hebat orang Malaysia ni. Dulu jatuh motor sebab nak elak langgar kereta pun tak ada yang tolong. Apa pun tak boleh.

"Terima kasih Mak, Abah sebab datang dari jauh semata-mata nak ambil saya balik kampung. Terima kasih juga kepada Yus, Yazid, Lee dan kawan-kawan dia sebab datang tolong kami. Hanya Allah mampu balas jasa kalian semua."

Dengar Mak sembang dengan kawan dia. Dia risau pasal aku sebab masa dia call, aku baru lepas kemalangan dan dalam perjalanan ke hospital. Tapi aku suruh dia call balik sebab masa tu aku dekat stesen minyak. Dia kata kali kedua dia call dia rasa tak sedap hati dari lepas solat Maghrib. Ya Allah, betapa kuatnya naluri seorang ibu. On the spot Mak suruh abang panggil Abah balik dari surau.

Dekat wad kecemasan tunggu punya la lama. Sampai kering luka aku. Menggigil badan sebab sejuk sangat. Sekali abang tu sapu luka, rasa nak tendang, sepak, pijak je abang tu. Nasiblah aku jenis boleh tahan sakit. Zue luka sikit tapi bahu dia sakit. Ceritanya aku serba salah dan risau sebab dia membonceng. Kalau aku seorang je sakit tak apa. Aku luka sikit je cuma sakit, pedih tu aku je yang tahu. Lenguh badan dan seronoknya dalam perut bekas operation apendik tu sakit.

Photo0222

"Ini dugaan dari Allah. Mula-mula apendik, banjir dan kemalangan. Aku terima semua ni sebab aku tahu dugaan takkan berhenti mendatang dalam hidup kita."

Setelah aku lalui semua ini, aku bersyukur kerana Allah masih memberi aku peluang untuk melihat dunia dan beribadah kepadaNya. Terima kasih kepada semua yang menolong. Budi baik kalian hanya Allah yang mampu membalasnya. Terima kasih. :)

Saturday, March 17, 2012

Aku, Mereka Dan Buah Mata Kucing


Rindu waktu itu. Dan aku rindu kemanisan buah mata kucing tu. Rindu saat melepak di tepi Padang Ipoh sambil menikmati keindahan dan kesejukan di waktu malam. Waktu itu juga aku mengetahui cerita yang terjadi kepada mereka. Aku bersimpati, namun aku masih asyik mengunyah buah mata kucing itu. Bukan aku tidak hiraukan mereka. Tetapi kemanisan buah mata kucing tu buat aku rasa nak makan je. Maklumlah, kegemaran dari kecil.

Jauh di sudut hati aku, aku sedih. Aku tak sangka semua tu terjadi kepada mereka. Tiada manusia yang tiada kisah silam. Aku juga ada tapi aku pendamkan saja. Hanya mereka saja yang tahu.

Saya yang bersalah dan menyebabkan hati kamu terluka. Saya sayangkan kamu dan kata-kata yang keluar dari mulut saya ikhlas dan tiada niat untuk mengguris hati dan perasaan kamu. Sehingga sekarang saya masih rasa bersalah atas kejadian malam itu. Saya minta maaf. InsyaAllah, jika diizinkan Allah, kita akan bersama seperti waktu dulu. Bersantai di waktu malam, menenangkan fikiran sambil makan buah mata kucing dan baling biji mata kucing ke tengah jalan. :D

Tiada kanak-kanak yang tidak pernah mengalami luka di lutut. Begitu juga hati. Tiada hati yang tidak pernah terluka. (Gadis Kaca Mata - Mac 17, 2012)

Saturday, March 10, 2012

Maafkan Saya, Mak...Abah...

P8300602

Maaf, saya tak tahu. Bukan salah saya. Dia kata rosak teruk. Saya bukan tahu apa-apa.

Maaf, saya selalu buat Mak dengan Abah susah, risau. Saya salah. Saya cuai.

Maaf, saya tak dapat nak betulkan kesilapan. Benda dah jadi. Saya tak minta semua ni jadi.

Maaf, saya gagal jadi anak yang baik untuk Mak dan Abah.

Maaf, sebab nak dapatkan duit, Mak dan Abah sanggup pajak gadaikan barang-barang kemas yang ada.

Maaf, maaf, maaf. :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...