Monday, May 30, 2011

Back to Normal

Agak gembira kerana semuanya telah kembali normal.I mean kembali macam dulu.Saya bahagia kamo masih rindukan saya seperti mana saya rindukan kamo.Tak sia-sia saya menantikan kepulangan kamo ke dalam diri saya ni.Kamo dah buat hari-hari saya kembali bercahaya.Bintang yang dulu hilang,kini kembali pulang.Bintang saya tak hilang sebenarnya.Cuma dia bersembunyi di sebalik awan gelap.Mencari ketenangan untuk diri sendiri.Saya faham.Saya hormat keputusan kamo.Setiap hari saya nantikan kepulangan kamo.Ternyata penantian saya berbaloi.Saya gembira membaca mesej kamo dalam inbox Facebook saya menyatakan kamo rindukan saya.Ya,saya rasa gembira tak terkata.Saya takut sangat bintang saya hilang.Sebab saya tak mampu nak berjalan di dalam gelap tanpa bintang menyinari malam-malam saya.Now,malam-malam saya kembali cerah.Saya bahagia begini biarpun tiada kekasih.Yang penting saya ada bintang saya.Jangan tinggalkan saya lagi.Saya tak mampu nak kehilangan orang-orang yang saya sayang.

"Segala kesedihan lenyap bila dia mengatakan dia rindukan aku.Ya,aku sedih kerana terlalu rindukan dia.Tapi kini aku gembira.Bintang aku telah kembali."

-->Tiada perkataan yang mampu menggambarkan perasaan seseorang.Ianya akan diluahkan melalui tingkah laku.Terpulanglah sama ada orang sekeliling faham atau tidak.(GaDiS KaCa MaTa - Mei 30,2011)

Sunday, May 29, 2011

Nora Elena


Oh,aku sangat suka akan drama ni.Cerita yang penuh dengan emosi.Mula-mula macam tak layan.Bila tengok,rasa layan pula.So,tengoklah dekat tonton.com.my dari episod 1 sampailah episod 12.Jalan cerita yang penuh dengan air mata.Aku yang tengok pun tersentuh jugalah.Jalan cerita dia menarik sangat.Ditambah pula dengan lakonan mantap Aaron Aziz,Siti Saleha,Zul Ariffin,Wan Sharmila & ramai lagi.Cerita ni diadaptasi dari sebuah novel bertajuk Kasih Yang Suci.Ni rasa nak pergi cari novel ni.Kalau adalah.Heh.Lagu-lagu tema untuk drama ni pun boleh tahan.Tapi aku tetap jatuh hati dengan lagu Terhenti Disini(Asfan) & Berubah(Erry Putra & Reen).So,lepas ni memang tepat pukul 7pm aku dah terpacak depan tv.hehe.

Thursday, May 26, 2011

Bersyukur

Aku bersyukur di atas segala nikmat yang Allah berikan kepada aku selama ni.Mungkin terkadang kita terlupa untuk bersyukur atas nikmat itu sehinggalah nikmat itu ditarik semula.Waktu itu baru kita sedar kita hanya menumpang di bumi Allah ni.Janganlah terlalu mengejar duniawi kerana akhirat sedang menanti kita semua.Aku pernah leka,lalai,alpa.Banyak kisah berlaku sepanjang kehidupan aku di dunia ni.Ada pahit,ada manis.Ada suka,ada duka.Itu lumrah kehidupan.Ke mana saja kita pergi,apa saja yang kita buat,kita tetap akan berbalik kepada Yang Maha Esa.Dia sudah menentukan apa yang akan terjadi selepas ini.Sehebat mana kita merancang,hanya Dia yang menentukannya.Segala apa yang kita ada,bersyukurlah.Jangan pernah merungut kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

"Waktu kita kehilangan orang yang kita sayang,Dia masih sayangkan kita.Waktu kita kehilangan cinta,Dia masih cintakan kita.Waktu kita sedih,Dia ada bersama kita.Walau apa jua keadaan kita,Dia tetap di sisi kita.Cuma kita saja tidak sedar."

Wednesday, May 25, 2011

Post Ke-100

Akhirnya,sudah cukup 100 post.Alhamdulillah.Walaupun aku tiada ramai follower,aku tetap bersyukur.Aku buat blog sekadar untuk meluahkan apa yang aku rasa.Bukannya untuk mencari populariti.Mungkin ada di antara post aku ada mengguris hati mana-mana pihak tanpa aku sedari,aku minta maaf.Aku tidak bermaksud mahu menyinggung perasaan siapa-siapa pun.Nukilan aku hanya untuk tatapan pembaca blog saja.Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah,yang buruk itu datang dari kita sendiri.

"Menyingkap kembali di saat aku mula berblogging.Hanya untuk suka-suka.Tapi kini aku rasa ingin menaip setiap masa."

Tuesday, May 24, 2011

Aku Tahu Tapi Aku Buat-buat Tak Tahu

Dah lama aku tahu perkara ni.Tapi aku saja buat-buat tak tahu.Selama ni aku hanya hidup seorang diri.Sebatang kara.Walaupun aku ada kawan-kawan yang tak pernah buat aku rasa sunyi,aku tetap seorang diri.Walaupun aku ada keluarga di kampung,aku tetap seorang diri.Aku umpama merantau di tempat orang.Aku ada matlamat aku sendiri.Dan aku sedang berusaha untuk mencapai matlamat aku tu.Aku tiada siapa-siapa untuk aku mengadu masalah aku.Aku tiada bahu untuk aku tumpang menangis.Aku tiada tangan yang mahu tolong aku.I have no one.People come and go whenever they want.Manakala aku tetap setia di sini menanti mereka datang kembali.Tetapi,hampa.Mereka tidak pernah cuba hendak menoleh ke belakang walaupun sesaat.Aku pasrah,aku redha.Ini semua ketentuan Ilahi.Aku tidak pernah cuba hendak membenci mereka.Bahkan aku gembira kerana dapat mengenali mereka walaupun hanya untuk seketika.Aku bersyukur kerana ada di antara mereka pernah singgah dan menjadi sebahagian dari hidup aku.Banyak sangat memori yang tercipta antara kami yang takkan aku lupakan.Kalau boleh aku mahu hidup di dalam memori itu.Tapi itu semua mustahil.Aku akan simpan segala kenangan terindah kami bersama.Walaupun mereka tidak ada di sisi aku waktu aku dalam kesedihan,kekecewaan,kesusahan dan waktu aku mengalami masalah yang tak dapat aku selesaikan,aku tidak pernah merungut.Kerana aku tahu aku hanya hidup seorang diri.Aku mampu menceriakan semua orang yang rapat dengan aku.Aku sentiasa ada di waktu mereka perlukan aku.Walaupun tidak semua berbuat begitu pada diri aku,aku tak pernah mengungkit.Kerana aku tahu aku hanya hidup seorang diri.

"Aku bahagia dapat mengenali mereka.Walaupun ada di antara mereka telahpun pergi meninggalkan aku dalam keadaan terkontang-kanting,aku pasrah.Kerana aku ada menyimpan kenangan kami bersama untuk tatapan aku di kala rindu datang bertamu.Aku bahagia begitu."

Ada yang mengatakan,'mereka yang tinggalkan kita,suatu hari nanti pasti mereka akan cari kita balik.' Betul ke?Aku pun tak tahu.Aku hanya pasrah.Jika mereka kembali,aku bahagia.Jika mereka tak kembali,aku doakan yang terbaik untuk mereka.Aku bukanlah manusia yang kejam.Hati aku mudah lembut.Aku sayang mereka kerana mereka pernah membahagiakan aku walaupun hanya untuk sementara waktu.Aku takkan pernah menyesal menyayangi mereka.Bahkan aku semakin sayang kepada mereka.Terima kasih atas kasih sayang yang kalian pernah curahkan kepada saya.Saya sayang kalian sehingga nafas terakhir saya.

"Aku tak pernah hilang.Aku sentiasa ada untuk mereka di kala mereka memerlukan aku.Walaupun aku perlukan mereka di saat aku memerlukan,aku hanya mampu berdiam diri.Kerana aku tahu aku hanya hidup seorang diri."

-->Kita sedaya upaya mahu memuaskan hati orang yang kita sayang walaupun kita tahu itu semua sia-sia.Tapi kerana sayang,tiada apa yang mustahil.(GaDiS KaCa MaTa - Mei 24,2011)

Sunday, May 22, 2011

Nur Kasih The Movie


Filem Melayu yang mendapat sambutan ramai.Jalan cerita dia menarik dan banyak babak yang menyentuh perasaan.Jika siapa-siapa yang menghayati cerita ini,pasti dapat merasai kesedihan yang cuba disampaikan oleh para pelakon.Rugi bagi siapa yang tak tengok.Sejak mula drama ni lagi aku memang mengikuti setiap episod.So,bila keluar movie,mestilah aku nak tengok.Dan ia tidak menghampakan aku.Thanks pada yang sudi bawa aku tonton cerita ni.Thanks sangat-sangat sebab belanja makan & wayang.hehe...

Saturday, May 21, 2011

Masihkah Ada Harapan?

Sebenarnya dah 2 kali aku tengok profile 'tut' ni.Mulalah terbit perasaan lega.Aku tengok profile si dia pun dah tak ada komen dari 'tut'.Tapi,masihkah ada harapan untuk aku?Atau aku hanya berimaginasi seorang diri?Atau syok sendiri?Oh,tidak.Biarlah aku pendam perasaan aku ni.Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat & tersurat di dalam hati hamba-hambaNya.Berdoa.Itu saja yang mampu aku lakukan.

"Penantian itu satu penyiksaan.Tapi ada juga penantian yang berakhir dengan kegembiraan.Berbaloi,kan?Harap penantian aku juga berbaloi.InsyaAllah."

Tak sabar nak cuti.Nak rehatkan minda & badan ni.Balik rumah nak duduk atas kerusi urut mak puas-puas.Nak stabilkan balik schedule tidur aku.Hang out dengan para sahabat yang dah cuti dulu sebelum aku.Heh.

Tapi...Aku rindukan Teddy Boy & Panda Bear.Aku nak lepak-lepak dengan mereka sampai lebam.Aku nak cipta kenangan indah kami bersama untuk tatapan aku bila rindu datang bertamu.Aku nak habiskan masa aku berdua-duaan dengan mereka.Aku nak bersembang dengan Panda Bear sampai pagi.Aku nak lepak dengan Teddy Boy di ban pecah sambil menikmati angin laut di waktu petang.Aku nak bercuti dengan family di tepi pantai sambil dengar deruan ombak memukul pantai.

"Kalaulah aku mampu lakukan semua ini,kenangan yang tercipta takkan sekali-kali aku hapuskan dari ingatan aku."

Bila rindu,aku akan tengok profile mereka berdua.Bila rindu,aku akan baca mesej-mesej sama ada dalam inbox fb,achieve ym & juga notepad yang telah aku save dan simpan sebagai kenangan.Bila rindu,aku akan tatap gambar mereka seorang demi seorang.Bila teramat rindu,aku akan mula mimpikan mereka.Kini,aku tiada siapa-siapa lagi untuk mengadu masalah,meluah perasaan & berkongsi cerita.Teddy boy,orang masih harapkan kamo.Orang tak nak lelaki lain selain kamo.Panda Bear,saya nak kita berdua macam dulu.Saya sayang kamo macam adik kandung saya sendiri.

"Mereka pernah berjanji tak akan tinggalkan aku & akan jadi sebahagian dari hidup aku.Tapi,semuanya berubah.Dimanakah janji-janji mereka?Aku tetap setia menanti mereka kerana mereka telahpun menjadi sebahagian dari hidup aku.Aku tak mampu untuk kehilangan mereka lagi."

-->Kebahagiaan umpama mimpi.Kita merasa semuanya indah belaka.Tapi,itu semua hanyalah untuk sementara waktu.(GaDiS KaCa MaTa - Mei 21,2011)

Kebahagiaan Itu Hanya Sementara


"Kenapa kebahagiaan yang aku kecapi berakhir dengan derita?Kenapa kebahagiaan itu tak kekal lama?Kenapa dugaan ini yang aku dapat?"

Itulah soalan yang selalu berlegar-legar di dalam otak.Hubungan yang terjalin baru 3 bulan 12 hari,kini seakan-akan berada di hujung jalan cerita.Entah di mana silapnya,hanya Allah yang tahu.

"setiap kebahagiaan pasti ada derita, dan setiap derita pasti mendatangkan kebahagiaan....
cuma perlu bersabar sekuat yg kite mampu... -
Mohd Azmir Hamzah"

Ya,aku sedang bersabar.Mungkin masing-masing perlukan masa.Kalau boleh aku nak macam dulu.Aku rindu semua tu.Aku tak suka situasi sekarang.Buat aku tertekan & sentiasa tertunggu-tunggu dia balas mesej aku.Tapi,aku masih boleh bersabar.Aku mahukan yang terbaik untuk kami berdua.Masing-masing sibuk dengan kerja yang ada.Aku paham & aku tak mahu paksa dia.

"IMYSM Panda Bear."

Thursday, May 19, 2011

Forgive Me


Forgive me
I can't always stand by your side
Because I have my own responsibility

Forgive me
I can't always lend my shoulder for you to cry
Because I need my own privacy to cry too

Forgive me
I can't always help you
Because no one able to help me when I'm in trouble

Forgive me
I can't always lend my ears to hear your problems
Because I also have my own problems that no one knows about it

Forgive me
I can't be with you all the time
Because I need time for myself

Forgive me
I can't be perfect as you want
Because I'm not perfect

Forgive me
I can't stop thinking of you
Because you always in my mind

Forgive me
For everything I did that hurts you
I never meant to
But human can't run from doing mistakes

Forgive me
I need you by my side
Because you are my strength

Forgive me
I can't stop asking about you
Please don't hurt me again
I'm tired of being hurt by people that I loved

Forgive me
If you can't see me again
Maybe Allah has taken me with Him

Forgive me
I can't be perfect for you
But
I always love you
I always pray for your happiness
I always be a part of your life

You always in my heart

Just for you PUTERI NORAINI BINTI MEGAT IBRAHIM

-->I'm not perfect but I try to be perfect in your eyes.(GaDiS KaCa MaTa - Mei 19,2011)

Wednesday, May 18, 2011

Dingin Angin Pagi

Part 1

0255 - Dengan hati yang sakit,aku keluar menunggang motor kesayanganku.Pagi yang sejuk,membuatkan badan aku menggigil kesejukan.Tapi aku tidak peduli semua itu.Hati aku tetap panas.Entah apa salah aku,aku pun tak tahu.Aku cakap secara baik,sopan.Tapi dibalas dengan suara yang kasar,marah-marah.Tak boleh ke nak cakap elok-elok.Bukannya aku cakap dalam nada yang tinggi.Aku cakap elok tapi dibalas macam tu.Hati siapa tak sakit.Sejam aku atas motor.Teringat akan kejadian yang berlaku sebentar tadi.Kalau aku salah,cakaplah.Tak perlu nak tinggi suara macam tu.Aku bukan nak marah pun.Tolonglah,aku tak suka orang cakap dengan aku dengan nada marah,nada tinggi,macam aku ni banyak buat salah.Aku pun ada hati perasaan.Tak pernah aku nak cakap dengan orang lain dengan nada marah.

0355 - Aku pulang semula.Sepanjang perjalanan aku yang tiada arah tuju itu,aku mula fikir macam-macam.Kalau aku tak ada pun,TAK ADA SIAPA YANG NAK CARI AKU.So,aku keluar pagi-pagi buta macam ni pun,TAK ADA ORANG NAK AMBIL KISAH PASAL AKU.HIDUP MATI AKU PUN DIA TAKKAN AMBIL TAHU.Aku sedar aku siapa.Dan aku tak diperlukan oleh siapa-siapa.Atas motor,aku menangis semahunya.Aku terbayang wajah dia.Betapa aku sangat memerlukan dia di saat aku kesedihan seperti waktu dulu.Dialah tempat aku mengadu masalah aku.Kamo,saya perlukan kamo di waktu-waktu begini.Saya rindu nak berbual dengan kamo,bercerita masalah saya.Tak tahulah kenapa aku sering kali dituduh tentang perkara yang aku tak buat.Pelik dengan manusia ni.Aku baik,salah.Aku jahat,lagilah salah.Aku bukan manusia yang sempurna.Kalau salah,tolonglah tegur cara baik.Bukan dengan cara marah,tinggikan suara.

"Kalaulah aku bisu untuk masa sehari,ada tak orang nak tegur aku?Ada tak orang nak take care pasal aku?Aku rasa,TAK ADA!!"

Part 2

Hanya dua barang ni yang amat aku sayang & aku anggap barang ini sebagai nyawa aku.Mana-mana pemberian orang yang aku sayang,aku akan jaga sebaik mungkin seperti aku jaga nyawa aku sendiri.Walaupun orang itu sudah pergi meninggalkan diriku,aku tetap menjaga barang pemberian itu sebaik-baiknya.

Barang yang aku sayang sangat-sangat

"Aku rindu dia tidur di bahuku.Aku rindu pelukan dia.Tapi mungkin lepas ni aku takkan dapat merasa semua itu lagi buat selamanya.Mungkin..."

Angin pagi sungguh dingin.Ia sangat menenangkan.Angin pagi saja yang dapat membuat aku menjadi tenang & campak jauh-jauh masalahku.Bulan hari ni bulan mengambang.Aku suka tengok bulan mengambang.Aku senyum setiap kali terpandang bulan mengambang.Aku bersyukur Ya Allah kerana masih diberi peluang untuk menikmati keindahan alam ciptaanMu.

"Bulan itulah yang sering menyinari perjalananku di waktu gelap."

-->Biarkan aku pergi membawa diri bersama hati yang luka ini.Mungkin itu yang terbaik & mungkin itu juga yang kau mahukan.Tiada siapa lagi yang pedulikan diriku.Mungkin bila aku mati,kau akan berhenti menyakitiku.MUNGKIN...

Thanks Kamo


Terima kasih kerana sudi jawab call saya.Setelah sekian lama,baru hari ni saya dapat dengar suara kamo.I miss you a lot dear.Kalau boleh saya nak sembang lama dengan kamo.Tapi,kamo kerja.Maaf kalau saya mengganggu.Thank you very much for answering my call.Terasa hati ni tenang sangat.Setelah 5 bulan saya tak dengar suara kamo,hari ni saya rasa puas sangat dapat bersembang dengan kamo.Walaupun sekejap,itu sudah mencukupi.

"Bodohnya aku sebab takut untuk mengungkapkan ayat 'orang rindu dia sangat-sangat' tadi.Menyesal pula."

Aku menangis secara tiba-tiba.Menangis kerana 2 sebab.Sebab pertama,menyesal tak cakap aku rindukan dia.Sebab kedua,aku terasa hati sangat tenang lepas dengar suara dia.Dan aku rasa nak menangis lagi & lagi & lagi.

-->Suara yang selalu terngiang-ngiang di telingaku,akhirnya dapat juga ku dengari dengan jelas.(GaDiS KaCa MaTa - Mei 18,2011)

Tuesday, May 17, 2011

Tawa Dalam Tangisan

Hidup ini kadang-kadang memerlukan kita bersikap hipokrit demi kebaikan semua pihak.Walaupun hati kita yang terluka,kita tetap mahu menjaga hati orang di sekeliling kita.Bukan mahu menunjukkan bahawa kita ini baik tetapi tidak mahu ada perselisihan faham antara satu sama lain.Penat sebenarnya jaga hati orang lain.Tetapi orang lain tak pernah pula nak jaga hati kita.Buat baik,salah.Buat salah,lagilah salah.Semua mahukan kesempurnaan tetapi tidak mahu menerima kelemahan diri masing-masing.Bagaimana mahu mencapai kesempurnaan yang diingini?Bila ego menguasai diri,payahlah untuk mengaku salah.Salah orang semuanya nampak.Tapi salah sendiri,tak nak pula mengaku.Penat...

Kalau hari-hari menangis,mata boleh jadi macam mata panda.Heh.Teringat pertanyaan abah semasa aku pulang ke kampung hujung minggu yang lepas.Abah bertanyakan perihal si dia.Aku hanya diam seribu bahasa.Angguk tak,geleng pun tak.Bila abah tanya,"Dah tak kawan ke dengan ***** tu?" Aku hanya menggelengkan kepala.Abah tambah lagi,"Ada kawan baru ke?" Aku lagi menggelengkan kepala.Kemudian,abah pesan,"Belajarlah dulu elok-elok." Waktu itu aku terasa seperti hendak menangis di bahu abah.Tapi aku tahan kerana tidak mahu mereka tahu kesedihan yang sedang aku alami sepanjang 5 bulan ini.Biarlah aku tanggung derita ini seorang diri.Malam itu,aku menangis semahunya bila terkenang perbualan yang abah cetuskan.Ya Allah,tabahkanlah hatiku ini.Jangan biar aku lena di buai mimpi yang tak pasti itu lagi.

~IMYSM~

Cinta bukan bererti memiliki.Tapi hati ini tidak pernah berhenti menunggu dirimu kembali.

-->Ketawa mampu menyembunyikan perasaan sedih.Tapi ia tidak dapat menyembuhkan luka di hati.(GaDiS KaCa MaTa - Mei 17,2011)

Saturday, May 14, 2011

Sudah 5 Bulan


Sedar tak sedar,sudah mencecah 5 bulan.Aku semacam tidak percaya.Walaupun hidup aku tidak sesunyi dulu,tapi hati aku tetap sunyi.Aku amat merindui dirinya.Semalam air mata aku gugur lagi.Kali ni ia gugur tanpa henti.Sudah lama air mata ini di tahan semata-mata demi final exam.At last,ia gugur selebat yang mungkin sehingga aku terlena di dalam tangisanku.Tidak pernah aku merasakan begini seumur hidupku.Kesannya amat mendalam dan sekali gus merubah hidupku menjadi seorang yang sentiasa menangisi pemergiannya.Dulu aku seorang yang periang,happy sepanjang masa.Tapi selepas pemergiannya,aku menjadi murung,banyak memendam perasaan seorang diri.Ya Allah,sesungguhnya bukan ini yang ku pinta.Aku hanya ingin hidup bahagia di samping insan yang ku sayang.

"Sayang ingin hidup bersama dengan b sehingga akhir hayat sayang."

-->Tapi cinta bukan milik kita.Semua harus berakhir.Cinta kau dan aku.Takkan mungkin bersatu.Untuk saat ini.Di dunia ini.Mungkin kita bersama.Nanti di atas sana.Biar ku setia.Menjaga cintamu selamanya...(Alyah - Kisah Hati)

Thursday, May 12, 2011

Thanks For The Wish

Saya happy macam mereka =)

Thanks for the good luck wish,dear.I appreciate it very much.Saya agak gembira hari ini.Ditambah pula berita gembira yang mak sampaikan iaitu Abang Remy akan pulang esok hari.Tunggu kepulangan Baby ye mak.Baby rindu dekat mak.Lama tak sembang-sembang dengan mak.Esok malam bolehlah tengok Maharaja Lawak.Siapa tengok cerita lain,Baby bawa lari tv plasma mak.hehe...Dear,thanks a lot.Tak tahu macam mana nak express feeling ni melalui kata-kata.You just make my day so perfect.

-->Satu ucapan yang memberi semangat mampu membuat kita tersenyum sepanjang hari.(GaDiS KaCa MaTa - Mei 12,2011)

Tuesday, May 10, 2011

Takdir Menentukan Segalanya


Pernah kita terfikir hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku?Setiap yang berlaku ada sebabnya.Allah nak menguji tahap keimanan kita terhadapNya.Bagaimana kita mengatasi semua itu,terpulang kepada individu tersebut.Ajal maut,jodoh pertemuan,semuanya Allah tentukan.Kita hanya mampu merancang.Tak semua yang kita rancang akan menjadi kenyataan.Yang penting kita telah berusaha.Selebihnya tawakal saja.Mudah-mudahan doa kita dimakbulkan.InsyaAllah.

(i)

Saat otak ini bertungkus lumus mengingati nota-nota untuk exam,wajah itu berlegar-legar di minda.Saat diri ini sedang ketawa riang,senyuman itu muncul di ingatan.Saat hati ini sedang bersedih,suara itu datang menerjah telinga.Ya Allah,bilakah semua ini akan berakhir?Penat hidup di dalam kesedihan.Bagaimanakah cara untuk hilangkan kesedihan yang semakin bersarang di hati ini?Pernah suatu hari diri ini berteka-teki sendirian."Mengapa aku di hukum begini?Mengapa aku tidak dapat melupakan dirinya?Sampai bila aku harus berterusan begini?Sampai bila aku harus menunggu dirinya?Adakah dia merindui aku sepertimana aku merindui dirinya?" Bermacam persoalan sedang berputar ligat di dalam otak ini.Jawapan masih belum ditemui.Dirinya juga tidak dapat di kesan sehingga sekarang.Pernah suatu ketika dahulu bergaduh.Dirinya pernah berkata,"kalau tak ada jodoh antara kita,janganlah sampai putus kawan." Tapi,sekarang ni siapa yang menghilangkan diri?Siapa yang mungkir janji?

(ii)

Aku tak suka berada di dalam kesedihan.Aku penat pujuk hati ini supaya bersabar.Mungkin ada lelaki yang lebih baik dari dia cuma Allah tidak tunjuk lagi siapa lelaki itu.Bersabarlah hati,suatu hari nanti kau akan bahagia seperti dulu.Cuma antara cepat atau lambat sahaja.Hati ini takkan pernah berhenti berharap.Bak kata sahabat aku,"Kalau ada jodoh korang,InsyaAllah takkan ke mana." Aku pegang kata-katanya.Biarkan aku menjaga hati ini.Kelak akan ada yang menjaga hati ini pula.Penat memang penat.Penat berpura-pura gembira sedangkan hati sedang berkecamuk macam orang gila.Aku tidak akan sekali-kali memandang lelaki lain sehinggalah dia menjadi milik seseorang yang sah.InsyaAllah.

Perjalanan ini masih jauh.Kecapilah impian dan cita-cita dahulu.Bila keliru,pandanglah awan.Putih dan biru sangat mendamaikan.Bila tertekan,pandanglah pokok yang hijau.Hijau itu mampu menenangkan hati.InsyaAllah...

-->It's hard to forget someone we loved but it's not easy to fall in love in a short time.(GaDiS KaCa MaTa - Mei 10,2011)

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Mak & cucu-cucunya

Halipah Binti Bahrawi.The greatest mom in my life.Baby sayang mak sangat-sangat.Terima kasih atas didikan yang mak berikan kepada kami adik-beradik selama ni.Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik yang telah mak berikan kepada kami semua.SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu-ibu,mak-mak,mama-mama,umi-umi & sebagainya di dunia ini.Saya sayang mak saya.

Wednesday, May 4, 2011

Kenangan Itu


Pernah suatu ketika dulu kami berbicara tentang soal tunang,nikah & anak.Aku rindukan perbualan itu.Waktu malam,kami duduk di bawah kerana waktu itu aku menyewa di apartment.Rutin harian sebelum aku masuk ke rumah,kami akan berbual di bawah sambil menderma darah kepada nyamuk-nyamuk yang rakus.Aku sebenarnya tidak suka akan konsep tunang kerana bagi aku tempoh menjadi tunang orang adalah tempoh yang kritikal.Macam-macam boleh berlaku sehinggakan ada yang putus tunang.Si dia berkata,"Sayang tak nak ke merasa jadi tunang b?" Aku hanya diam membisu.Dalam hati berkata aku nak jadi tunang dia.Tapi biarlah dalam tempoh yang singkat.Kami siap memilih tarikh bila hendak bernikah & kenduri kahwin.Tarikh yang dipilih ialah tarikh mula-mula kami declare sebagai couple.So sweet!!! Kami pernah bergaduh tentang soal anak.Dia mahukan 5 orang anak manakala aku hanya mahukan 4 orang saja.2 lelaki & 2 perempuan.Sama seperti adik-beradikku.Aku rindu untuk berbual dengannya.Rindu sangat-sangat.Aku ingin kembali ke waktu kami masih bersama.Betapa aku sangat rindukan dirinya.Sehingga sekarang aku tidak dapat menghubungi dirinya.Where are you??

Biar beribu yang datang,aku tetap tunggu dia.Biar berjuta yang menunggu,aku tetap setia menanti dia.Aku bukan seorang yang mudah jatuh cinta.Sekali aku setia,InsyaAllah sehingga akhir nafas aku akan setia.Saya tetap tunggu kamo Teddy Boy.Always in my heart.

-->Bila kita tertekan,pandanglah sesuatu yang berwarna hijau.InsyaAllah hati kita akan tenang.

-->Kasih sayang umpama air terjun.Biarpun musim kemarau melanda,ia takkan pernah berhenti mengalir.(GaDiS KaCa MaTa - Mei 4,2011)

Sunday, May 1, 2011

Pengalaman Mengajar Kita Menjadi Lebih Matang


Ya,tepat sekali.Pengalaman mengajar kita menjadi lebih matang.Aku setuju 100%.haha...Selama aku hidup ni,dah bermacam dugaan,ujian,rintangan hidup aku dah lalui.Alhamdulillah,aku berjaya hadapi semua tu dengan sabar.Dugaan datang tanpa henti."Sabar itu separuh daripada iman".

SEPI...kadang-kadang sepi itu indah.Kerana sepi dapat melapangkan minda,membuat kita lebih fokus kepada sesuatu perkara yang berfaedah.But sometimes sepi itu sangat menakutkan.Sehingga aku rasa tiada siapa-siapa lagi di sisiku.Aku rasa sunyi.Bercampur baur perasaan aku di saat ini.Sedih,kecewa,bahagia,stress & etc.hm...

Waktu hujan-hujan ni buat aku teringat akan kenangan lama.Paling aku rindu waktu di Hutan Belum.Rindu betul.Rasa nak pergi lagi ke sana.Meredah hutan untuk tengok bunga Rafflesia,menjengah ke kampung orang asli,berakit ramai-ramai,berenang ramai-ramai sampai ke tapak kem.

Kematangan itu mengajar aku menghargai hidup ini dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah Allah beri.Aku bersyukur kerana aku diberi kebahagiaan di samping keluarga tercinta,para sahabat yang sporting & adik-adik yang cool.Even aku tiada kekasih,tapi aku tetap bahagia di samping mereka semua.

-->Setiap kenangan atau peristiwa yang berlaku akan menjadi pengalaman yang sangat berharga.(GaDiS KaCa MaTa - Mei 1,2011)

-->Kebahagiaan akan muncul selepas kekecewaan.(GaDiS KaCa MaTa - Mei 1,2011)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...