"Kenapa kebahagiaan yang aku kecapi berakhir dengan derita?Kenapa kebahagiaan itu tak kekal lama?Kenapa dugaan ini yang aku dapat?"
Itulah soalan yang selalu berlegar-legar di dalam otak.Hubungan yang terjalin baru 3 bulan 12 hari,kini seakan-akan berada di hujung jalan cerita.Entah di mana silapnya,hanya Allah yang tahu.
"setiap kebahagiaan pasti ada derita, dan setiap derita pasti mendatangkan kebahagiaan....
cuma perlu bersabar sekuat yg kite mampu... - Mohd Azmir Hamzah"
Ya,aku sedang bersabar.Mungkin masing-masing perlukan masa.Kalau boleh aku nak macam dulu.Aku rindu semua tu.Aku tak suka situasi sekarang.Buat aku tertekan & sentiasa tertunggu-tunggu dia balas mesej aku.Tapi,aku masih boleh bersabar.Aku mahukan yang terbaik untuk kami berdua.Masing-masing sibuk dengan kerja yang ada.Aku paham & aku tak mahu paksa dia.
"IMYSM Panda Bear."
No comments:
Post a Comment