Pernah suatu ketika dulu kami berbicara tentang soal tunang,nikah & anak.Aku rindukan perbualan itu.Waktu malam,kami duduk di bawah kerana waktu itu aku menyewa di apartment.Rutin harian sebelum aku masuk ke rumah,kami akan berbual di bawah sambil menderma darah kepada nyamuk-nyamuk yang rakus.Aku sebenarnya tidak suka akan konsep tunang kerana bagi aku tempoh menjadi tunang orang adalah tempoh yang kritikal.Macam-macam boleh berlaku sehinggakan ada yang putus tunang.Si dia berkata,"Sayang tak nak ke merasa jadi tunang b?" Aku hanya diam membisu.Dalam hati berkata aku nak jadi tunang dia.Tapi biarlah dalam tempoh yang singkat.Kami siap memilih tarikh bila hendak bernikah & kenduri kahwin.Tarikh yang dipilih ialah tarikh mula-mula kami declare sebagai couple.So sweet!!! Kami pernah bergaduh tentang soal anak.Dia mahukan 5 orang anak manakala aku hanya mahukan 4 orang saja.2 lelaki & 2 perempuan.Sama seperti adik-beradikku.Aku rindu untuk berbual dengannya.Rindu sangat-sangat.Aku ingin kembali ke waktu kami masih bersama.Betapa aku sangat rindukan dirinya.Sehingga sekarang aku tidak dapat menghubungi dirinya.Where are you??
Biar beribu yang datang,aku tetap tunggu dia.Biar berjuta yang menunggu,aku tetap setia menanti dia.Aku bukan seorang yang mudah jatuh cinta.Sekali aku setia,InsyaAllah sehingga akhir nafas aku akan setia.Saya tetap tunggu kamo Teddy Boy.Always in my heart.
-->Bila kita tertekan,pandanglah sesuatu yang berwarna hijau.InsyaAllah hati kita akan tenang.
-->Kasih sayang umpama air terjun.Biarpun musim kemarau melanda,ia takkan pernah berhenti mengalir.(GaDiS KaCa MaTa - Mei 4,2011)
No comments:
Post a Comment