Tuesday, May 17, 2011

Tawa Dalam Tangisan

Hidup ini kadang-kadang memerlukan kita bersikap hipokrit demi kebaikan semua pihak.Walaupun hati kita yang terluka,kita tetap mahu menjaga hati orang di sekeliling kita.Bukan mahu menunjukkan bahawa kita ini baik tetapi tidak mahu ada perselisihan faham antara satu sama lain.Penat sebenarnya jaga hati orang lain.Tetapi orang lain tak pernah pula nak jaga hati kita.Buat baik,salah.Buat salah,lagilah salah.Semua mahukan kesempurnaan tetapi tidak mahu menerima kelemahan diri masing-masing.Bagaimana mahu mencapai kesempurnaan yang diingini?Bila ego menguasai diri,payahlah untuk mengaku salah.Salah orang semuanya nampak.Tapi salah sendiri,tak nak pula mengaku.Penat...

Kalau hari-hari menangis,mata boleh jadi macam mata panda.Heh.Teringat pertanyaan abah semasa aku pulang ke kampung hujung minggu yang lepas.Abah bertanyakan perihal si dia.Aku hanya diam seribu bahasa.Angguk tak,geleng pun tak.Bila abah tanya,"Dah tak kawan ke dengan ***** tu?" Aku hanya menggelengkan kepala.Abah tambah lagi,"Ada kawan baru ke?" Aku lagi menggelengkan kepala.Kemudian,abah pesan,"Belajarlah dulu elok-elok." Waktu itu aku terasa seperti hendak menangis di bahu abah.Tapi aku tahan kerana tidak mahu mereka tahu kesedihan yang sedang aku alami sepanjang 5 bulan ini.Biarlah aku tanggung derita ini seorang diri.Malam itu,aku menangis semahunya bila terkenang perbualan yang abah cetuskan.Ya Allah,tabahkanlah hatiku ini.Jangan biar aku lena di buai mimpi yang tak pasti itu lagi.

~IMYSM~

Cinta bukan bererti memiliki.Tapi hati ini tidak pernah berhenti menunggu dirimu kembali.

-->Ketawa mampu menyembunyikan perasaan sedih.Tapi ia tidak dapat menyembuhkan luka di hati.(GaDiS KaCa MaTa - Mei 17,2011)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...