"Penantian itu satu penyiksaan.Tapi ada juga penantian yang berakhir dengan kegembiraan.Berbaloi,kan?Harap penantian aku juga berbaloi.InsyaAllah."
Tak sabar nak cuti.Nak rehatkan minda & badan ni.Balik rumah nak duduk atas kerusi urut mak puas-puas.Nak stabilkan balik schedule tidur aku.Hang out dengan para sahabat yang dah cuti dulu sebelum aku.Heh.
Tapi...Aku rindukan Teddy Boy & Panda Bear.Aku nak lepak-lepak dengan mereka sampai lebam.Aku nak cipta kenangan indah kami bersama untuk tatapan aku bila rindu datang bertamu.Aku nak habiskan masa aku berdua-duaan dengan mereka.Aku nak bersembang dengan Panda Bear sampai pagi.Aku nak lepak dengan Teddy Boy di ban pecah sambil menikmati angin laut di waktu petang.Aku nak bercuti dengan family di tepi pantai sambil dengar deruan ombak memukul pantai.
"Kalaulah aku mampu lakukan semua ini,kenangan yang tercipta takkan sekali-kali aku hapuskan dari ingatan aku."
Bila rindu,aku akan tengok profile mereka berdua.Bila rindu,aku akan baca mesej-mesej sama ada dalam inbox fb,achieve ym & juga notepad yang telah aku save dan simpan sebagai kenangan.Bila rindu,aku akan tatap gambar mereka seorang demi seorang.Bila teramat rindu,aku akan mula mimpikan mereka.Kini,aku tiada siapa-siapa lagi untuk mengadu masalah,meluah perasaan & berkongsi cerita.Teddy boy,orang masih harapkan kamo.Orang tak nak lelaki lain selain kamo.Panda Bear,saya nak kita berdua macam dulu.Saya sayang kamo macam adik kandung saya sendiri.
"Mereka pernah berjanji tak akan tinggalkan aku & akan jadi sebahagian dari hidup aku.Tapi,semuanya berubah.Dimanakah janji-janji mereka?Aku tetap setia menanti mereka kerana mereka telahpun menjadi sebahagian dari hidup aku.Aku tak mampu untuk kehilangan mereka lagi."
-->Kebahagiaan umpama mimpi.Kita merasa semuanya indah belaka.Tapi,itu semua hanyalah untuk sementara waktu.(GaDiS KaCa MaTa - Mei 21,2011)
No comments:
Post a Comment