Dah lama aku tahu perkara ni.Tapi aku saja buat-buat tak tahu.Selama ni aku hanya hidup seorang diri.Sebatang kara.Walaupun aku ada kawan-kawan yang tak pernah buat aku rasa sunyi,aku tetap seorang diri.Walaupun aku ada keluarga di kampung,aku tetap seorang diri.Aku umpama merantau di tempat orang.Aku ada matlamat aku sendiri.Dan aku sedang berusaha untuk mencapai matlamat aku tu.Aku tiada siapa-siapa untuk aku mengadu masalah aku.Aku tiada bahu untuk aku tumpang menangis.Aku tiada tangan yang mahu tolong aku.I have no one.People come and go whenever they want.Manakala aku tetap setia di sini menanti mereka datang kembali.Tetapi,hampa.Mereka tidak pernah cuba hendak menoleh ke belakang walaupun sesaat.Aku pasrah,aku redha.Ini semua ketentuan Ilahi.Aku tidak pernah cuba hendak membenci mereka.Bahkan aku gembira kerana dapat mengenali mereka walaupun hanya untuk seketika.Aku bersyukur kerana ada di antara mereka pernah singgah dan menjadi sebahagian dari hidup aku.Banyak sangat memori yang tercipta antara kami yang takkan aku lupakan.Kalau boleh aku mahu hidup di dalam memori itu.Tapi itu semua mustahil.Aku akan simpan segala kenangan terindah kami bersama.Walaupun mereka tidak ada di sisi aku waktu aku dalam kesedihan,kekecewaan,kesusahan dan waktu aku mengalami masalah yang tak dapat aku selesaikan,aku tidak pernah merungut.Kerana aku tahu aku hanya hidup seorang diri.Aku mampu menceriakan semua orang yang rapat dengan aku.Aku sentiasa ada di waktu mereka perlukan aku.Walaupun tidak semua berbuat begitu pada diri aku,aku tak pernah mengungkit.Kerana aku tahu aku hanya hidup seorang diri.
"Aku bahagia dapat mengenali mereka.Walaupun ada di antara mereka telahpun pergi meninggalkan aku dalam keadaan terkontang-kanting,aku pasrah.Kerana aku ada menyimpan kenangan kami bersama untuk tatapan aku di kala rindu datang bertamu.Aku bahagia begitu."
Ada yang mengatakan,'mereka yang tinggalkan kita,suatu hari nanti pasti mereka akan cari kita balik.' Betul ke?Aku pun tak tahu.Aku hanya pasrah.Jika mereka kembali,aku bahagia.Jika mereka tak kembali,aku doakan yang terbaik untuk mereka.Aku bukanlah manusia yang kejam.Hati aku mudah lembut.Aku sayang mereka kerana mereka pernah membahagiakan aku walaupun hanya untuk sementara waktu.Aku takkan pernah menyesal menyayangi mereka.Bahkan aku semakin sayang kepada mereka.Terima kasih atas kasih sayang yang kalian pernah curahkan kepada saya.Saya sayang kalian sehingga nafas terakhir saya.
"Aku tak pernah hilang.Aku sentiasa ada untuk mereka di kala mereka memerlukan aku.Walaupun aku perlukan mereka di saat aku memerlukan,aku hanya mampu berdiam diri.Kerana aku tahu aku hanya hidup seorang diri."
-->Kita sedaya upaya mahu memuaskan hati orang yang kita sayang walaupun kita tahu itu semua sia-sia.Tapi kerana sayang,tiada apa yang mustahil.(GaDiS KaCa MaTa - Mei 24,2011)
No comments:
Post a Comment